Lim Kit Siang diminta ‘tukar’ guru

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak secara sinis mencadangkan supaya Penasihat DAP, Lim Kit Siang menukar ‘guru’ beliau dan tidak terus mendapatkan pengajaran mengenai kewangan daripada Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.
Sindiran itu disuarakan oleh Salleh berikutan kenyataan Kit Siang yang meminta beliau ‘mengambil’ kelas tambahan daripada Tony Pua untuk meningkatkan kemahiran kewangan beliau, khususnya membabitkan isu 1Malaysia Developement Berhad (1MDB).
Salleh berkata, apa yang disentuh Kit Siang menerusi blog beliau adalah mengenai dana yang dikumpulkan oleh syarikat menerusi pelbagai sumber untuk membeli aset dan menjalankan perniagaan.
Katanya, perkara itu adalah menjadi kebiasaan, melainkan sesuatu syarikat itu memulakan perniagaan dengan modal berbayar yang sangat tinggi.
“Dalam kes 1MDB, modal permulaan ialah sekitar RM1 juta. Isunya di sini ialah sama ada 1MDB hilang RM42 bilion sebagaimana didakwa?
“Tun Dr. Mahathir (Mohamad) kata RM42 bilion lesap dan hilang begitu sahaja. Ini bermakna 1MDB sepatutnya tiada apa yang boleh ditunjukkan, tetapi itu tidak benar kerana 1MDB mempunyai aset bernilai RM51 bilion, ditambah juga dengan pembangunan berterusan untuk tempoh dua dekad akan datang,” katanya menerusi laman blog https://sskeruak.blogspot.my.
Menjelaskan perkara itu, Salleh memberitahu bahawa beliau tidak memerlukan ajaran atau asuhan daripada Tony Pua sebagaimana yang diperolehi Kit Siang, hanya untuk memahami sesuatu isu yang asas seperti itu.
Berhubung skandal Bumiputra Malaysia Finance Ltd. (BMF) dan perdagangan mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang disentuh oleh Ahli Parlimen Gelang Patah itu, Salleh berkata, kedua-dua kes tersebut benar-benar memberi kesan fizikal yang tidak bermanfaat kepada negara.
“Dalam isu 1MDB pula, ia merupakan suatu usaha yang berterusan. Mungkin Kit Siang perlu tukar guru beliau sekiranya Tony Pua tidak menjelaskan perkara ini kepadanya,” tegas Salleh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana