KIT SIANG SERANG WARTAWAN KERANA MELENTING BUKAN PERKARA PELIK – PENGANALISIS POLITIK

Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang melenting dan menyerang wartawan dalam sidang media selepas ditanya bersabit skandal Forex dan Bumiputera Malaysia Finance Limited (BMF), tidak mengejutkan.
Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata Kit Siang sebenarnya pening kepala untuk menjawab soalan berkaitan skandal BMF itu kerana ia membabitkan seteru terbarunya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Antarapos semalam melaporkan Kit Siang sebagai melenting dan menyerang wartawan dengan soalan bertubi-tubi selepas ditanya adakah beliau akan bertukar nada jika Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak ‘semeja’ dengannya.
“Itu strategi dia… bila dia marah oarang jadi malas nak tanya. Tapi bila dia marah-marah itu menunjukkan ia (Kit Siang tukar nada) brtul. Dia mungkin tak ada alasan untuk jawab benda itu salah atau dia tak ada alasan kenapa dahulu dia bantah Tun Mahathir dan sekarang dia sokong dengan jelas sekali.
“Sepatutnya dia jangan marah wartawan, jawablah elok-elok. Saya rasa dia memang kpening kepala bagaimana nak jawab soalan itu. Sebab sekarang dia baik dengan Tun Mahathir sebab politik.
“Sekarang dia (dengan Tun Mahathir) bekerjasama. Dulu dia pembangkang kepada Perdana Menteri. Sekarang dia bekerjasama. Memang kena gosok-gosoklah sesama sendiri,” ujar Ramlah ketika dihubungi Antarapos.
Dalam sidang media sempena mengumumkan kemasukkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke dalam DAP, Kit Siang diajukan soalan adakah beliau akan bertukar nada jika hingga kini masih memusuhi Dr Mahathir.
Soalan itu mengundang rasa berang Kit Siang dan beliau menyerang wartawan terbabit menyindir bahawa seorang pemberita tidak wajar membuat laporan yang tidak benar.
Ketika memusuhi Dr Mahathir, Kit Siang tampil mendedahkan skandal BMF membabitkan bekas Perdana Menteri itu namun mula berubah nada selepas kedua-dua mereka menjalinkan kerjasama politik, menuju pilihan raya akan datang.
Kit Siang dilihat lebih lunak dan tidak lagi mendesak kerajaan mengadakan siasatan berhubung skandal itu, seperti yang dibuatnya sebelum ini.
Dr Mahathir dikaitkan dengan skandal BMF dan Forex yang mengakibatkan kerugian wang yang besar, ketika era pemerintahannya.
Terdahulu, dokumen rasmi yang didedahkan badan risikan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengenai skandal perbankan besar menggegarkan negara pada 1980-an menunjukkan ada pembabitan Dr Mahathir Mohamad.
Dokumen itu, antara 13 kertas siasatan yang dikeluarkan minggu lalu oleh CIA, juga mempertikaikan respons pentadbiran Mahathir dalam mengendalikan kerugian kira-kira AS$1 bilion itu.
Tidak lama kemudian, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Murad Khalid dilaporkan berkata, BNM mengalami kerugian AS$10 bilion (RM40.4 bilion) dalam urus niaga perdagangan matawang pada awal 90-an semasa era pentadbiran Dr Mahathir.
Menurut Ramlah, pemerintahan Dr Mahathir juga disalut dakwaan rasuah dan salahguna kuasa secara berleluasa namun ia tidak diketahui umum kerana ketika itu tiada laman sosial, seperti hari ini.
“Rakyat Malaysia kena buka mata. Orang macam ini nak tuduh (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak penuh rasuah dan sebagainya. Tun Mahathir semsa dia tadbir (negara) pun banyak rasuah tapi tak jadi kes sebab tiada media sosial. Jadi salah (urustadbir) dia orang tak tahu. Hanya orang baca surat khabar yang ikut perkembangan saja yang tahu,” ujar Ramlah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana