KENAPA TIBA-TIBA AZMIN BALAS “HAVE A SAFE JOURNEY” KEPADA ZAHID DAN ANIFAH?

SELEPAS tidak mahu mendedahkan siapa menteri kanan yang dilaporkan telah meletakkan jawatan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus bermain teka teki dengan netizen.



Kini, menerusi akaun twitter miliknya, Azmin sekali lagi terus membuat provokasi murahan dengan membalas tweet oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Terdahulu, sejurus selepas Azmin membuat pembohongan yang mengatakan ada dari kalangan menteri kabinet telah melepaskan jawatan, Ahmad Zahid pada ketika itu sedang bersama Datuk Seri Anifah Aman di Kota Kinabalu memuatnaik gambar swafotonya bersama.



Menurut Ahmad Zahid, beliau masih bersama-sama Anifah dalam sebuah acara rasmi di sana, sebagai menjawab desas desus bahawa menteri kanan yang dimaksudkan oleh Azmin adalah Anifah.

Timbalan Presiden PKR itu membalas ringkas tweet Ahmad Zahid berkenaan dengan berkata : “Have a safe journey.”



Bagaimanapun, maksud tersirat Azmin tetap samar-samar dan ini menambahkan lagi debaran dalam isu berkenaan.



Azmin sebelum ini dilaporkan terpaksa berbuat demikian apabila Kerajaan Negeri Selangor dipercayai terlibat dengan isu kekayaan melampau yang dimiliki oleh Ketua Pemuda AMK Ampang, Datuk Adam Rosly.



Manakala yang terbaru, Azmin juga dipercayai turut ‘cemas’ apabila sepucuk surat beserta bukti kekayaan dan hidup mewah yang dimiliki oleh pegawai khasnya sendiri bernama Muhamad Hilman Idham mula tular di media sosial.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment