KELUAR PAS MASUK PAN TAKPE, KELUAR DAP JADI BEBAS PENGKHIANAT, GUAN ENG PUN HIPOKRIT?

MENJALAR-JALAR penyakit hipokrit dalam Pakatan pembangkang sekarang.  Mahathir dah tentulah hipokrit terbesar, sekejap itu sekejap begini (dalam isu BR1M sahaja), dah sekarang Guan Eng pun menunjukkan simptom yang sama juga bila laporan dalam Buletin Utama sebentar tadi, dia menyifatkan 4 wakil rakyat DAP yang keluar parti itu semalam sebagai pengkhianat!!
Pengkhianat apa?  Yang kau sokong wakil rakyat PAS keluar masuk PAN, tak kata pengkhianat pulak?  Betul lah, satu kes keluar PAS masuk PAN, satu kes keluar DAP jadi bebas tapi pokok pangkalnya disitu KELUAR PARTI.  Apa guna berbeza-beza pulak label yang diberikan, padahal sama saja benda yang dibuatnya.
Macam mana ni nak angkat jadi pemimpin negara Malaysia ni?  Cakap langsung tak boleh dipakai – satu pun.  Kejap macam itu, kejap macam ini, kalau kena kat orang lain diangkat macam hero, tapi benda sama kalau kena kat dia, dah jadi pengkhianat pulak.
Orang sama juga nampaknya cuba masuk campur dalam hal ehwal agama Islam bila fatwa yang nak dihantar untuk mendapat perkenan Yang Dipertuan Agung pun perlu melalui Exco yang terdiri daripada majoriti bukan Islam.  Dahlah perkara itu (fatwa perlu melalui Exco) tidak terdapat dalam peraturan, Islam juga mementingkan keadilan, sedangkan dalam hal ini tak nampak langsung keadilannya di mana.
Nak percaya macam mana orang macam ini untuk masuk campur dalam hal ehwal Islam?
Rakyat patut menjadikan ini sebagai alasan kenapa organisasi yang dipimpin Mahathir, Guan Eng ini tidak boleh dipakai.  Cakap mereka langsung tak boleh diguna, cakap mereka langsung tak boleh dipercaya.  Kalau dalam hal macam ini hipokrasinya terserlah, agaknya apa lagi yang mereka boleh hipokritkan?  Janji kepada rakyat?
Ni nak kena ingat ni, gebangnya cukup besar tau.  BR1M nak bagi, dalam masa sama subsidi pun nak tinggi, tol nak percuma, hutang PTPTN nak hapus dan macam-macam lagi.  Main cakap sajalah asal dapat menang pilihanraya.  Rakyat nak percaya macam mana kalau cakap sebelum dapat kuasa pun dah berbelit-belit cakapnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana