Kelakar Lah....Ikut cara Anwar Ibrahim dekati PAS - Armada PPBM

DAMANSARA: Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini menggesa kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) mendekati pemimpin PAS secara peribadi supaya rundingan kerjasama politik pembangkang dapat dicapai.
 
Ketua Armadanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga menggesa kesemua pemimpin PH mencontohi bagaimana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan mendekati Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat suatu ketika dahulu supaya PAS juga bekerjasama dengan parti pembangkang ketika itu untuk menewaskan Barisan Nasional (BN).
 
"Saya rayu terutama kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Lim Kit Siang bukan sekadar mengeluarkan kenyataan untuk mengajak mereka (bekerjasama).
 
"Tetapi saya percaya pergi ke rumah mereka sendiri. Ambil contoh Anwar dahulu pun bukan senang nak hendak dekati Tok Guru (Nik Aziz) tapi sering buat kunjunga untuk pastikan silaturahim terbina.
 
"Saya tahu dan lihat bagaimana Dr Mahathir diserang tapi terpaksa telan ego. Pucuk pimpinan tertinggi perlu mengadakan kunjungan kehormat ke rumah Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pemimpin lain dan cuba dekati mereka," katanya di Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia yang dianjurkan Pakatan Harapan (PH) di The Club, Damansara Utama, petang tadi.
 
Bukan itu sahaja Syed Saddiq berkata beliau bersedia untuk menemui pemimpin PAS jika ada pemimpin-pemimpin PH enggan berbuat demikian dalam usaha merapatkan kerjasama politik pembangkang.
 
"Saya boleh bertemu secar peribadi kalau mereka tak mahu. Hendak kata saya jilat ludah sendiri pun tak kisah," katanya lagi.
 
Usaha bertemu dan berbincang secara rapat juga adalah perlu supaya matlamat satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang dapt dicapai, katanya lagi.
 
Dalam program yang sama juga, Syed Saddiq menekankan adalah penting supaya gagasan pembangkang menamakan calon perdana menteri dan barisan exco sebelum pilihan raya supaya rakyat mampu melihat perbezaan kepimpinan yang ditawarkan pembangkang untuk mengubah pentadbiran negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana