KALI KEDUA JUMPA ANWAR, TUN M ‘JILAT LUDAHNYA’ LAGI

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu selama 45 minit dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua mereka bersetuju mengenai keadaan politik semasa negara dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus berundur.
Ini adalah pertemuan kali kedua membabitkan kedua-dua tokoh berkenaan.
Mahathir ketika ditemui selepas pertemuan itu berkata, mereka komited untuk mengukuhkan pembangkang.
“Kita (BERSATU) komited untuk mengukuhkan pembangkang,” kata Pengerusi BERSATU itu.
“Mengenai pertemuan kami, kami berdua bersetuju mengenai hal-ehwal politik semasa negara, dan bahawa PM Najib harus pergi kerana dia menjual negara ini,” katanya.
Mahathir membuat kejutan dengan kehadiran beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 11.45 hari ini dan duduk di samping Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Kes di mahkamah itu berhubung saman Anwar terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Pertemuan tersebut berlangsung semasa mahkamah berhenti rehat.
Terdahulu sebelum prosiding mahkamah bermula presiden BERSATU yang juga bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bertemu Anwar.
Peguam Anwar, Sivarasa Rasiah memberitahu Hakim Azizul Azmi Adnan di mahkamah bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk memanggil Mahathir dan Muhyiddin sebagai saksi mereka.
“Kami sedang mempertimbangkan memanggil Mahathir dan Muhyiddin. Ini selain saksi lain (MB Selangor) Azmin Ali, Saifuddin Nasution Ismail dan (bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang) Mansor Othman,” katanya.
Dilaporkan sebelum ini bahawa Khairy dan tiga saksi beliau memberi keterangan bagaimana Anwar berusaha menjatuhkan Mahathir pada tahun 1998, di mana bekas ketua pembangkang itu menafikannya.
Hakim Azizul mengarahkan Sivarasa dan peguam Anwar yang lain memfailkan kenyataan saksi Mahathir dan Muhyiddin pada 16 Februari, jika mereka memilih untuk memberi keterangan pada tarikh perbicaraan akan datang pada 20 Februari.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana