Jamal beraksi lagi... tampil sebagai penggali kubur depan SUK Selangor

Baru ini beliau membawa katil di depan pintu masuk ke Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah di Shah Alam yang menempatkan Pejabat Menteri Besar sebagai simbolik bantahan isu rumah urut yang didakwa semakin rancak di Selangor.
 
Selasa, Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos beraksi lagi.
 
Kali ini beliau tampil ala penggali kubur dengan mengusung keranda di hadapan bangunan tersebut sebagai simbolik minta penjelasan Menteri Besar mengenai peruntukan di bawah  Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang kononnya sebagai khairat kematian bagi membantu meringankan beban ahli keluarga yang meninggal dunia.
 
"Saya ingin bertanya kepada  Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai peruntukan kira-kira RM200 juta yang telah diluluskan kerajaan negeri di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Ini bukan tuduhan.. ini pertanyaan.
 
"Saya sebagai rakyat negeri Selangor ingin tahu dari manakah sumber peruntukan ini diperolehi? Berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan semenjak ia dilancarkan pada 2016? Dan apakah kaedah yang digunakan bagi menyalurkan peruntukan ini kepada penerima SMUE?," katanya.
 
Jamal yang juga Pengerusi Gerakan NGO Baju Merah turut melemparkan soalan bagaimanakah sebanyak RM5 juta daripada jumlah wang tersebut telah hilang dan gagal dikesan oleh pihak YAWAS.
 
"Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, terdapat beberapa keraguan dalam penggunaan atau penyaluran wang SMUE yang dilakukan oleh beberapa wakil rakyat negeri yang melibatkan kawasan Kepong, Wangsa Maju, Lembah Pantai, Jeram dan Gombak," katanya.
 
Menurut Jamal.peruntukan kira-kira RM200 juta itu itu adalah untuk membantu rakyat Selangor di bawah Skim Orang Kelainan Upaya (SOKU), Inisiatif Peduli Rakyat dan SMUE.
 
"Ada dalam kalangan mereka yang berdaftar di bawah skim berkenaan tidak menerima bantuan itu, sebaliknya dikatakan telah digunakan pihak tertentu untuk kepentingan peribadi.
 
“Ada warga emas yang meninggal dunia, tetapi bantuan khairat kematian tidak sampai kepada ahli keluarga untuk mengurus jenazah. Peruntukan itu dikatakan digunakan oleh pihak yang bertanggungjawab.
 
“Hari ini, saya minta Mohamed Azmin menjawab semua persoalan yang saya kemukakan ini, demi kepentingan rakyat Selangor,” katanya.
 
Beliau turut memintahpihak berkuasa melakukan siasatan terhadap dana yang dikeluarkan itu samada mengikut saluran yang betul atau sebaliknya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana