Isu Mat Tere: Annuar Musa ucap terima kasih pada Istana Johor

Orang Parlimen Ketereh di Kelantan ucap terima kasih kepada Istana Johor kerana bersusah payah menghantar balik 'Mat Tere' atau nama penuhnya Muhammad Zul Apiz Baharum, 29 yang ditahan kerana buat kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor .
 
Tan Sri Annuatr Musa sekalu Ahli Parlimen kawasan itu dalam satu kenyataan kata Mat Tere juga mendapat kemaafan atas ' ketelanjuran' dan 'kelurusannya'.
 
'Hamba Allah yang merakam dan viralkan pun patut menginsafi agar jangan permainkan perkara sebegini.
 
'Tidak salah kalau kita memfitnah atau menyakitiu seseorang secara sengaja maka kita memohobn maaf atau sekurang-kurangnya berazam untuk tidak mengulanginya. 
 
'Alfitnatu..asyadduminal..qatlu...fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh..,'kata Annuar.
Sementara itu TMJ telah menghantar pulang Mat Tere ke Kelantan dengan kenderaan peribadi baginda.
 
Sebelum itu baginda menitahkan agar Mat Tere dibebaskan dari tahanan reman.
 
Baginda juga telah bersemuka dengannya.
Gambar ketika Mat Tere hendak menaiki kenderaan milik TMJ ke Kelantan disiar dalam laman facebook Johor Southern Tigers.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment