Himpunan #BebasAnwar hambar....Orang sudah naik menyampah Dahhhh

SUNGAI BULOH: Himpunan #BebasAnwar sempena dua tahun di penjara Sungai Buloh malam tadi tidak mendapat sambutan apabila hanya kira-kira hanya 200 orang sahaja yang hadir bagi mendesak supaya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.

Hadir pada majlis tersebut, beberapa pemimpin kanan PKR, termasuk Presiden Datuk Seri wan Azizah Wan Ismail dan anaknya yang juga Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution serta beberapa pimpinan lain termasuk dari parti DAP dan Amanah.

Namun, kelibat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak kelihatan pada majlis tersebut.

Pemimpin daripada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) langsung tidak kelihatan dalam memberikan sokongan.

Naib Presiden PKR, yang juga anak sulung Anwar, Nurul Izzah ketika berucap pada majlis tersebut memberitahu, beliau percaya bapanya boleh dibebaskan sekiranya pembangkang menang Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

“Desak bebas Anwar untuk memastikan keadilan dilaksanakan. Tetapi kita juga kena pastikan meanng PRU untuk memastikan rakyat terbela daipada kezaliman, rasuah dan kerakusan kuasa Najib Razak.

Sementara itu Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, turut menggesa hadirin untuk mengubah kepimpinan negara pada PRU yang akan datang.

Beliau turut berkongsi dengan hadirin bahawa Tun Mahathir Mohamad mahu bekerjasama dengan Anwar untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) ketika berjumpa dengan bekas timbalannya itu di Mahkamah semalam.

“Saya dengar sendiri Mahathir kata kita perlu tukar sistem bobrok ini kepada saudara Anwar di Mahkamah,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana