Fitnah RM90 juta, PAS akan saman Husam

PAS akan menyaman bekas naib presidennya, Datuk Husam Musa susulan fitnah dibuat membabitkan dana RM90 juta yang didakwa disalurkan kepada parti Islam itu.
 
Langkah untuk menyaman tersebut dinyatakan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan parti terbabit menganggap kenyataan Husam mengenai dana itu adalah rantaian daripada fitnah dibuat Sarawak Report sebelum ini.
 
Katanya, PAS menafikan sekeras-kerasnya “tuduhan jahat Datuk Husam Musa” bahawa PAS menerima dana RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank.
 
“PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau (Husam) sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
 
Beberapa hari lalu Husam – dalam ceramahnya – mendakwa mengetahui maklumat mengenai dana RM90 juta yang didakwa disalurkan kepada PAS.
 
Husam yang pernah menjadi naib presiden PAS antara 2011 hingga 2015 sebelum diketepikan oleh perwakilan dalam muktamar PAS.
 
Pada Mei tahun lalu Husam dipecat daripada PAS atas dakwaan salah laku.
 
Husam kemudian menyertai Parti Amanah Negara (PAN).
 
Dalam ceramahnya, Husam mendakwa ada dana benrilai RM90 juta disalurkan melalui akaun di Affin Bank. Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan butiran lanjut mengenainya.
 
Rakaman singkat video ucapan Husam itu tersebar di media sosial dan dimuat naik di YouTube.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana