Di Mana Ada Mahathir, Di Situ Ada Perpecahan

Jika 22 tahun lalu , Tun Mahathir boleh di kira sebagai aset kepada mana mana badan atau pertubuhan yang beliau sertai , ini kerana kapasiti beliau sebagai Presiden UMNO sangat berpengaruh dan memainkan peranan penting kepada mana mana pihak.
Tetapi, walaupun boleh dikira berpengaruh, namun “setback” nya tetap ada.
Ketika bersama UMNO Tun Mahathir telah mencipta banyak pihak yang menjadi musuh UMNO dan menyukarkan perjalanan dan penguasaan politik UMNO di dalam negara.
Parti PAS yang asal usulnya wujud dari perut UMNO bukanlah tercipta kerana Tun Mahathir, tetapi permusuhan PAS kepada UMNO bertambah teruk dan parah semenjak kes Memali di mana 14 ahli PAS terbunuh di bawah kerajaan UMNO pimpinan Tun Mahathir.
Semenjak itu Parti PAS menjadi musuh ketat kepada UMNO dan Vice Versa.
Tetapi Mahathir tiada sentuhan Midas , di mana apa sahaja yang disentuh menjadi emas.
Sebaliknya , apa sahaja yang ada sentuhan Mahathir akan musnah dan akhirnya lingkup.
UMNO kemudiannya diharamkan dan terpaksa dbubarkan kerana dianggap pertubuhan haram selepas mahkamah memutuskan pembatalan parti UMNO asal, maka berpecahlah UMNO asal dan original menjadi UMNO baru pimpinan Tun Mahathir.
Atas sebab ini separuh ahli UMNO tidak dibenarkan masuk ke dalam parti UMNO baru kerana mereka adalah penyokong Tengku Razaleigh Hamzah .
Maka mereka mereka ini pun menubuhkan parti Semangat 46 untuk menjadi lawan dan musuh UMNO.
Tidak berhenti di situ sahaja, sentuhan Mahathir datang lagi, kali ini Tun Mahathir mahu timbalannya pula dinyahkan dari politik kerana melihat dia tidak ada bakat untuk menjadi Presiden dan Perdana Menteri yang akur kepada Mahathir.
Maka dengan ini , lahirlah Parti Keadilan Rakyat , pimpinan Anwar Ibrahim. Tambah lagi satu musuh UMNO.
Itulah sentuhan Midas Mahathir. Cuma apa sahaja ada sentuhannya pasti ada kehancuran dan perpecahan.
Jika itu semua terjadi ketika dia menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, namun setelah dia tidak berjawatan pun sentuhan sumbangnya tetap ada.
Terbaru , DAP kehilangan 4 ahlinya di Melaka kerana mereka enggan bekerjasama dengan kepimpinan yang dilihat oleh mereka sebagai tersasar dari landasan asal perjuangan DAP.
Antara sebab yang diberi adalah keempat empat mereka teah hilang kepercayaan kepada kepimpinan dan di muka surat beberapa akhbar dan tabloid tertera bekerjasama dengan Mahathir antara faktornya.
Sebelum itu, Pengerusi DAP Taman Chai Leng Park di Penang telah letak jawatan kerana tidak tidak setuju DAP berpakat dengan Mahathir.
Harus diingat sebaik sahaja kemasukan Tun Mahathir ke dalam Pakatan Harapan pun , PH telah bergolak dan ramai juga tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti masing masing (PKR/DAP/PAN) kerana tidak setuju dengan kehadiran Tun Mahathir.
Malah ramai ahli DAP masih enggan menerima kehadiran Mahathir di dalam kelompok mereka, begitu juga dengan keluarga Anwar Ibrahim.
Sentuhan Majal Tun Mahathir sebenarnya bukan berkisar dari hal politik sahaja, jika diteliti, dari sudut perniagaan pun sama juga,
1MDB yang sepatutnya boleh perolehi untung tetapi telah disabotaj oleh Tun Mahathir sehingga gagal melaksanakan IPO nya. Atas gangguan dan tekanan dari pihak Tun Mahathir pihak bank telah sukar untuk bekerjasama dengan 1MDB.
Boleh dikatakan 1MDB gagal kerana kerja kotor Tun Mahathir dan kuncunya.
Namun, apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir sendiri , walau tanpa gangguan sesiapa pun gagal juga.
PROTON sehingga waktu di tulis ini telah terlihat kedudukannya bertambah teruk.
Di sebuah majalah ekonomi dan perniagaan terpapar di muka hadapan betapa PROTON dalam keadaan parah.
PROTON dikatakan hampir muflis dan terus kerugian yang mencecah hampir RM7 billion.
Itulah sentuhan Tun Mahathir yang bertenggek lama dalam PROTON.
Apa yang disentuhnya semua tidak menjadi , ini termasuk lah isu Perwaja, MAS , FOREX dan BMF.
Nampak jelas Tun Mahathir tiada sentuhan Midas tetapi sebaliknya memiliki sentuhan majal.
Politik pun menghancurkan , perniagaan pun kerugian.
Apa yang nyata di mana ada Mahathir di situ ada kerosakan.
Jika hal berkaitan politik, di mana ada Tun Mahathir disitu ada perpecahan, dan pada bab perniagaan pula, di mana ada Mahathir di situ ada kerugian.
Ini bukan fitnah, anda hanya perlu melihat dengan halus dan jujur, ia satu kenyataan yang bersifat realiti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana