Dakwaan menteri kanan letak jawatan: Sila dedah siapa...jika tidak saya anggap Azmin bohong - PM

Senangnya hidup.Tembak cerita untuk buat semua orang tertanya-tanya.
 
Kalau peringkat ahli biasa kita boleh faham.Ini Timbalan Presiden parti dan berjawatan Menteri Besar pula cuba cetus sensasi menerusi taktik murah.
 
"Benarkah ada seorang Menteri Kanan telah meletakkan jawatan ? Khabarnya beliau tidak mahu bersubahat dengan 1MDB. Cuba ikuti perkembangan." 
 
Itu bunyi twitter Datuk Seri Azmin Ali petang Jumaat.
 
Maka riuhlah sana sini orang bertanya siapa gerangannya.
 
Empunya badan yang sepatutnya lebih tahu betul ke tidak betul seorang menteri letak jawatan tentulah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Dari jawapan orang nombor satu negara itu nampaknya cerita yang ditembak oleh Azmin itu cuma ' gendang kosong'
 
Menerusi twitter dan laman facebooknya Najib jawab : "Saya akan menganggap Azmin sekadar berbohong untuk membuat kecoh, melainkan jika dia boleh mendedahkan nama (siapa menteri itu)
 
Dalam pada itu beberapa menteri yang dihubungi juga kata mereka sendiri tidak tahu menahu adanya kalangan mereka yang letak jawatan.
 
Mereka juga anggap Menteri Besar Selangor itu sengaja nak buat gempak.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment