BUKTI CAMPUR TANGAN DIDEDAH-SURAT ARAHAN BINCANG SEMULA FATWA KALIMAH ALLAH TERSEBAR

Surat bertarikh 26 Mei 2010 itu dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama ne­geri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan ditujukan kepada Mufti Pulau Pinang ketika itu, Datuk Seri Hassan Ahmad.
Surat itu turut ditujukan untuk perhatian Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu, Datuk Zainal Rahim Seman.
Menerusi surat itu, Abdul Malik melahirkan rasa kesal dan dukacita terhadap Hassan yang didakwa membelakangkannya selaku Exco berkaitan agama Islam dalam pemfatwaan kalimah Allah tanpa terlebih dahulu merujuk kepada beliau.
Tambah Abdul Malik, tindakan itu dilakukan dalam keadaan Hassan mengetahui ‘pendirian Kerajaan DAP Pulau Pinang’ selepas beberapa kali dibangkitkan dalam pertemuan mereka sebe­lumnya.
Dalam surat sama, Abdul Malik turut menegaskan Kerajaan DAP Pulau Pinang akan mengambil bahagian dalam pembentangan isu kalimah Allah oleh Jawatankuasa Fatwa.
Tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan Abdul Malik mengenai ‘pendirian Kerajaan DAP Pulau Pinang’ di dalam surat itu adalah merujuk kepada gesaan Guan Eng sebelum ini supaya kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Dalam pada itu, Abdul Malik ke­tika dihubungi mengenai surat arahan tersebut tetap dengan pendirian bahawa arahan yang dikeluarkan supaya membincang­kan semula fatwa tersebut bukan bermaksud adanya campur ta­ngan kerajaan negeri.
Mengulas surat sama, Mufti negeri, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor pula berkata, kandu­ngan surat itu tidak mengarahkan Jawatankuasa Fatwa negeri supaya mengubah fatwa sedia ada.
Malah katanya, mesyuarat ja­watankuasa itu juga mengambil keputusan mengekalkan fatwa sedia ada iaitu larangan bukan Islam menggunakan kalimah Allah selain menambah 39 lagi kalimah berkaitan Islam.
“Apabila Ketua Menteri membuat kenyataan pada 2014 yang mana bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah, saya yang mengambil alih jawatan Mufti negeri membantah dan beliau tidak membangkitkan lagi isu itu sehingga kini,” katanya.
Sumber: Utusan Online

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana