BILA NAK TERSEPIT, YANG DULU ‘SEMUA BURUK’ TU JUGAKLAH DICARI

RASANYA tak perlu ulanglah apa yang dah Mahathir ni takut-takutkan rakyat pasal Anwar selama berbelas tahun – bukan sehari dua. Macam-macamlah yang disindirnya, lalu belakang takutlah, tidak bermoral maka itu tak dibenar jadi Perdana Menteri, banyak benda silap tapi pecat Anwar bukan salah satu darinya lah, dan sebagainya.
Ini semua bersepah di Internet untuk semua orang termasuk ‘sampah-sampah’ yang menyokong Mahathir sekarang ni, merujuknya.  Panjang dan pendeknya nak dimudahkan, selama hari ini Mahathir cuba mengajar rakyat bahawa Anwar ini seorang yang jahat, maka itu tidak layak jadi Perdana Menteri.
Tapi bila Mahathir nampak bakal tersepit jika kerajaan berkeberangkalian menyemak semula skandal Forex 1989-1994 dan melihat jika ada ‘cover up’ sehingga negara dan rakyat kehilangan beratus billion ringgit – mengikut nilai sekarang, terbiar tidak bersiasat, kepada Anwar itu jugalah Mahathir datang melutut.
Sekurang-kurangnya persepsinya begitu.
Persepsi ini tercetus lanjutan dari perbincangan tertutup hampir 40 minit antara 2 dinasor politik ini semalamlah di sebuah bangunan Mahkamah.  Hampir 6 bulan selepas pertemuan kali pertama, bersalam apa segala, berjumpa kali kedua – dah tentu ada sebab yang penting maksudnya, bukan saja-saja.
Kebetulan pulak sehari sebelum semalam, kabinet baru saja melihat kebarangkalian ini (menyiasat skandal Forex) dah 2 bekas musuh ini berjumpa pulak.  Ini sudah tentu mencetus persepsi yang pelbagai seperti adakah pertemuan itu kerana Mahathir cuba memujuk Anwar agar membantunya kalau kes itu dibongkar semula?
Mesti ada sebab kan?  Kalau saja-saja, kenapa selepas hampir 6 bulan?  Sebab itu kita katakan dari segi persepsinya, fakta?  Siapa nak baca dah.
Selain perbincangan kali ini yang berlaku secara tertutup, persepsi ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan peguam Anwar hari ini bahawa Mahathir dan Muhyiddin mungkin dipanggil sebagai saksi bagi menyokong saman Anwar terhadap Khairy Jamaludin.  Sekali lagi persoalan persepsinya, adakah apa urusan dibelakang tabir, “aku tolong kau, kau tolong aku”. macam itu?
Apa pun, persepsi tak persepsi, ini nampak jelas macam kerja orang munafik ni.  Penat saja macai-macainya posting gambar Mahathir tengah sembahyang berlatarbelakangkan logo Pribumi nak bagi nampak macam beragama, kalau bab menipu dan memperbodohkan orang ni, masih tak bertaubat lagi.
Tapi inilah politik cara Mahathir.  Agama jadi penting, hanya masa ada untung.
Dalam pada itu, menarik juga nak melihat bagaimana Anwar membuat pilihan – nak tolong atau nak biar Mahathir mereput.  Maklumlah, dah macam-macam benda jahat yang dia dakwa Mahathir telah lakukan terhadap dia, takkan senang-senang nak forget dan forgive begitu saja?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana