Bangkang dari longkang... Lebih ramai akan tinggalkan DAP

Hai-hai bye-bye... impak kemasukan Datuk Zaid Ibrahim ke dalam DAP memang terasa selepas parti Cina itu kehilangan tiga ADUN dan seorang Ahli Parlimen di Melaka.
Ia sekaligus melumpuhkan DAP negeri Hang Tuah itu dan dipercayai lebih ramai anggota parti itu akan mengikut jejak mereka berempat.
Ketiga-tiga ADUN berkenaan ialah Lim Jak Wong (Bachang), Chin Choon Seong (Kesidang) dan Goh Leong San (Duyong) serta anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him.
Sim adalah pemimpin veteran DAP dan pemimpin Cina paling berpengaruh di Melaka.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata tindakan empat wakil rakyat berkenaan jelas menunjukkan kekecewaan mereka terhadap dasar yang dibawa DAP.
"Ini bilangan yang besar kerana seorang ahli Parlimen dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhenti serentak. Keputusan itu diambil kerana parti itu tidak disenangi oleh pemimpin yang hanya memperjuangkan ahli keluarga.
"Ini menunjukkan perkembangan yang tidak sihat buat DAP, selain menyaksikan prinsip dibawa parti itu sudah tidak digunakan," katanya
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam pula meramalkan DAP berdepan krisis kepercayaan terhadap kepimpinan parti selepas dasar dan prinsip yang dipegang sebelum ini dilihat telah berubah.
Menurutnya perubahan itu antara lain boleh dilihat apabila penasihat DAP Lim Kit Siang yang sebelum ini mengkritik teruk Tun Mahathir Mohamad kini dilihat rapat dengan bekas perdana menteri itu.
"Itu yang menjadi isu dalaman DAP dan mungkin mereka berpendapat hubungan baharu ini akan melemahkan parti dan bagi mereka lebih baik meninggalkan parti.
"Ada kemungkinan lebih ramai pemimpin DAP di negeri lain akan mengikut langkah itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Ponggal Peringkat negeri dan merasmikan pejabat MIC Bahagian Ipoh Barat Ahad malam.
Sementara itu, dalam satu lagi perkembangan menarik PAS akan mengkaji semula sama ada perlu meneruskan atau tidak hubungan dengan PKR pada muktamar tahunan parti itu yang dijangka berlangsung April ini di Kedah.
Perkara itu disuarakan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memandangkan PKR dilihat mempunyai hubungan dengan dua parti yang memusuhi PAS iaitu DAP dan PAN.
Membalas kenyataan Hadi itu, Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar berkata PAS tidak mampu bertahan serta membentuk kerajaan jika terus bergerak secara sendirian.
Malah, katanya, UMNO sendiri turut membentuk kerjasama dengan MCA dan MIC bagi memperkukuhkan kedudukan politik.
"Kenyataan Abdul Hadi dilihat tidak mengambil kira realiti politik semasa. Semua parti politik, sama ada blok kerajaan dan blok pembangkang perlu membentuk kerjasama pada pilihan raya umum akan datang.
"Jadi, PAS tidak perlu bangkitkan soal kenapa PKR ada hubungan dengan DAP, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"Bagi PKR, kita sedia kerjasama dengan semua parti. Saya tidak fikir apa yang dinyatakan oleh Abdul Hadi itu perlu dianggap serius atau tidak.
Mungkin kenyataan Abdul Hadi itu tidak lebih hanya untuk menjaga kedudukan dalam PAS,"katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment