Azmin perlu ambil pengajaran selepas 4 wakil rakyat DAP keluar parti - Khairy

Tidak perlu tunggu lama untuk menunggu balasan terhadap tuduhan tak berasas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kononnya akan ada menteri kanan letak jawatan, malah sebaliknya yang berlaku apabila empat wakil rakyat DAP yang keluar parti.
 
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan dakwaan awal Azmin tersebut sama sekali tidak berasas dan semakan yang dibuat mendapati ia tidak benar sama sekali.
 
“Kita semua memang tak percaya. Tapi kemudian bila kita memang ada dalam kabinet, kita boleh semak dengan yang lain.. kita semak dengan pantas dan akhirnya kita tahu tak ada asas tentang kenyataan itu.
 
“Kita tak tahu apa maklumat dia tapi kita memang tahu yang ia memang kenyataan tak berasas,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis MOU antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) di Putrajaya, Isnin.
 
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Azmin baru-baru ini kemungkinan seorang anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan kerana tidak mahu bersubahat dalam isu 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB).
 
Bagaimanapun, selang beberapa hari selepas itu empat wakil rakyat DAP yang mengumumkan keluar parti.
 
Mereka ialah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him serta tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), iaitu Duyong, Goh Leong San; Lim Jak Wong (Bachang), dan Chin Choong Seong.
 
Mereka membuat pengumuman itu dalam sidang media Ahad.
 
Khairy ketika mengulas mengenai empat pemimpin DAP yang keluar parti itu berkata ia perlu dijadikan pengajaran buat semua parti politik.
 
“Saya pun tak pasti kenapa mereka keluar DAP. Saya rasa hal mereka. Saya tak tahu apa alasannya, tapi ini lah kelakarnya sesebuah politik itu.
 
Selepas beberapa jam MB Selangor keluarkan kenyataan, tiba-tiba kena dekat mereka pula.
 
“Sepatutnya mereka perlu pastikan yang ahlinya gembira dengan polisi setiap parti. Tapi ini lah dia pengajaran untuk semua parti politik,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana