APABILA MAHATHIR TUNJUK ZUHUD, APA YANG DISEMBUNYINYA?

Sekeping gambar Mahathir sedang berjalan ke tangga pesawat FireFly, telah digunakan oleh jentera propaganda Parti Cap Bunga untuk menunjukkan penganiayaan yang telah dilakukan ke atas Mahathir. Sekaligus turut memberikan persepsi bagaimana zuhud dan merendah dirinya Mahathir sebagai seorang manusia.
Ada pula dengan megah berkata, Mahathir sanggup melepaskan segala kemewahan yang dinikmati semata-mata untuk berjuang bersama-sama rakyat. Tidak kurang juga yang mengatakan, kawan-kawannya yang memiliki jet, enggan lagi memberikan pinjaman jet kepada Mahathir kerana takut kepada Najib.
Hakikatnya, ia adalah satu pembohongan dan propaganda semata-mata!
Mahathir dan David Chew mempunyai pegangan 50-50 dalam syarikat usahasama yang memiliki semua hak dan pengeluaran ke atas pesawat ringan yang berasal dari Itali di dalam sebuah syarikat bernama Euroala Industries.
Mahathir juga masih lagi memiliki kepentingan 50% pegangan dan menjadi pengerusi kepada syarikat pembuatan pesawat yang memiliki teknologi dan menjualnya kepada pesawat-pesawat yang dikeluarkan oleh JetFox.

Selain itu, Mahathir juga adalah pengarah dan pemegang saham dalam syarikat penyewaan jet peribadi yang turut dimiliki oleh kroni rapatnya, Lee Kim Yew yang tinggal di Country Height. Dengan kata lain, Mahathir memiliki syarikat jet peribadi!

Lakonan dan kenyataan kononnya Mahathir sudah tidak dapat pinjaman jet daripada kawan-kawannya adalah sesuatu yang amat-amat melucukan kerana Mahathir sebenarnya memiliki jet menerusi syarikatnya sendiri!
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment