AKHRAMSYAH, ANAK BEKAS MB KEDAH BAKAL CALON PPBM DI LANGKAWI?

KEDAH merupakan salah satu negeri yang menjadi fokus utama buat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) nanti.

Ini disebabkan beberapa pemimpin de factor parti berkenaan adalah berasal dari ‘Negeri Jelapang Padi’ itu, termasuklah pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut sumber yang diperoleh pihak kami, parti berkenaan sudah mula mengagih-agihkan kerusi kepada pemimpin berpotensi untuk menjadi taruhan berentap pada PRU14 akan datang.

Antara kawasan yang amat menarik minat PPBM untuk bertanding adalah kerusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) iaitu Langkawi.

Walaupun daerah pelancongan berkenaan mencatatkan rekod tidak pernah kalah buat BN, namun PPBM yakin dengan meletakkan anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, iaitu Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi mampu memberi saingan yang amat sengit.

Apatah lagi Akhramsyah atau lebih dikenali sebagai Akhram pernah menjadi Ketua Pemuda Umno sebuah cawangan di parlimen berkenaan sebelum bertindak keluar parti bagi mengikut perjuangan Dr Mahathir dalam PPBM.

Akhram merupakan anak kepada Menteri Besar Kedah ke tujuh iaitu Tan Sri Sanusi Junid yang berkhidmat dari tahun 1996 hingga 1999, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah di Langkawi.

Sanusi pernah menjadi Ahli Parlimen Kawasan Jerlun, Langkawi dan kemudiannya dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Seterusnya, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO Malaysia pada tahun 1984 di bawah kepimpinan Dr Mahathir.

Pada tahun 1986, Sanusi menjadi Menteri Pertanian dan Ketua Umno Bahagian Jerlun dan Langkawi. Kemudian dilantik sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia pada tahun 1990.

Semasa PRU13 yang lalu, Parlimen Langkawi mempertahankan calon BN bagi menjadi wakil rakyatnya walaupun muka baharu diperkenalkan, bagi mengganti bekas Ahli Parlimen Langkawi Datuk Wira Abu Bakar Taib yang bersara.

Penyandang, Datuk Ir Nawawi Ahmad berjaya mengekalkan kerusi berkenaan apabila memperoleh 69 peratus undi menewaskan calon dari PKR, Datuk Ahmad Abdullah dalam pertembungan satu lawan satu.

Menurut penganalisis politik tempatan yang dihubungi sebentar tadi, sekiranya PPBM menaruh Akhram sebagai calon bagi merebut kerusi Parlimen Langkawi, ia semestinya akan menonjolkan pengaruh ayahandanya Sanusi dan Dr Mahathir sendiri.

Akhram kini merupakan Pengerusi Biro Keahlian PPBM dan prestasi anak muda ini dikatakan cemerlang apabila dikatakan mampu mencatat jumlah keahlian yang tinggi bagi parti baru itu di negeri Kedah.

Namun, desas desus ini bukanlah lagi suatu yang boleh disahkan benar selagi mana tarikh penamaan calon PRU14 masih jauh. Apapun, BN tidak seharusnya pandang ringan mengenai perkara tersebut kerana mengambil bidalan Melayu berbunyi ‘kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang’

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana