Adam Rosli dipanggil 'menjawab' soalan SPRM

Ingat lagi Adam Rosly...? tuan punya rumah ala disneyland di Ampang... hari ini beliau dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan bersabit dakwaan memiliki kekayaan 'luar biasa' yang didedahkan seorang pemimpin sebelum ini.
 
Adam, 29, hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, pada kira-kira jam 8.15 pagi dengan diiringi dua pegawai peribadinya.
 
Beliau keluar dari bangunan berkenaan selepas empat jam memberi keterangan.
 
Mengulas mengenai siasatan yang dilakukan SPRM, pemuda itu berkata siasatan merangkumi pelbagai perkara termasuk punca pendapatannya. 
 
Beliau dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada SPRM kerana melakukan siasatan secara telus dan sangat profesional.
 
Kontroversi kekayaan Adam bermula selepas ia 'dibongkar' pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos, pada November tahun lalu. 
 
Bagi membuktikan dakwaannya itu, Jamal turut membawa beberapa orang wartawan menaiki helikopter bagi meninjau kediaman mewah milik Adam di Ampang yang dianggarkan berjumlah lebih RM7 juta.
 
Adam bagimanapun memberitahu pemberita rumah mewahnya itu dibeli dengan harga RM1 juta menerusi proses lelongan bank.
 
Ekoran pendedahan itu, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo membuat laporan kepada SPRM menggesa siasatan dilakukan terhadap kekayaan luar biasa pada usia muda Adam. 
 
Ismail berkata, melihat kepada sejarah keluarga dan pekerjaan, agak mustahil untuk Adam memiliki kekayaan luar biasa seperti sekarang iaitu mempunyai banglo dan pelbagai kereta mewah.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment