Zambry ulas impak kerjasama Mahathir dan DAP ke atas BN Perak

Kerjasama politik yang terjalin antara Tun Mahathir Mohamad dengan DAP menjelang PRU ke14 ini tidak akan memberi sebarang impak kepada UMNO atau BN Perak, demikian ditegaskan Menteri Besarnya, Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir.

“Namun saya tidak terkesan dengan itu (kerjasama)... bukan kata saya sombong atau angkuh tetapi pendekatan saya berbeza... kami ingin bekerjasama dan beri yang terbaik kepada rakyat... itu tujuan kami membentuk kerajaan,”ujarnya  pada media semalam.

“Ia tidak membimbangkan kami” katanya merujuk perkembangan terbaru politik nasional, yang menyaksikan dua musuh tradisi ini sanggup membentuk kerjasama politik.

Bagi para penganalisis ia tak lebih satu bukti pengamalan politik Machiavelli.

Untuk rekod matlamat Mahathir dan DAP jelas sekali mahu menjatuhkan kerajaan BN,  menjatuhkan Perdana Menteri DS Najib Razak serta pada masa sama menaikan DAP sebagai parti pemerintah yang baru.

Dengan demikian ketika mengulas isu sama,  Dr.Zambry yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri tidak bimbang dengan kerjasama yang dibentuk antara kedua-dua pihak walaupun dipihak pembangkang ia dilihat memberikan mereka menafaat.

Bagi Dr.Zambry perkembangan ini diyakininya  tidak memberi kesan terhadap cara kerja kepimpinan BN di negeri ini.

Argumen beliau mudah:bahawa rakyat akan melihat dan menilai pihak yang bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan nasib mereka.

“Di Perak mungkin tidak terkesan kerana kami (BN) hanya mahu bekerja. Mereka buat banyak program dan aktiviti di kawasan Lumut iaitu kawasan saya dengan tujuan dapat memberi impak kepada saya sebagai Menteri Besar. Mereka melihat bila Menteri Besar jatuh maka dari segi logik Perak juga akan jatuh.

Menteri Besar percaya dalam final analysis, rakyat biasa menilai “ ... kerajaan yang mana yang benar-benar bersungguh-sungguh memberi perkhidmatan kepada rakyat ... bukan parti yang mendakwa kononnya hendak buat itu buat ini. Katanya puak ini belum bentuk kerajaan sudah mula bergaduh.

Mengenai kerjasama politik Mahathir dengan DAP, Dr.Zambry berkata:”Yang jelas ini adalah mainan politik, apa yang dilakukan oleh beliau adalah untuk memastikan matlamat tercapai.

“Saya yakin rakyat dan parti terlibat dan mereka yang berada di atas pagar akan melihat perkembangan sebegini. Saya melihat ia lebih merupakan cetusan dan gerakan oleh beliau untuk mencapai matlamat sehingga menimbulkan masalah terhadap parti yang sebelum ini dianggap (DAP) sebagai parti rasis,”katanya.

Menteri Besar  bertanya:“Sebuah kerajaan yang kononnya ingin membantu dan baru bercadang  membentuk kerajaan tetapi sudah mula bergaduh-gaduh... apa yang akan berlaku setelah membentuk kerajaan kelak?.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana