Warga FELDA bakal terima berita baik, janji Najib

KUALA LUMPUR: Peneroka FELDA akan menerima berita baik tidak lama lagi, jamin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya tak lupa juga soal FELDA. FELDA ini 54 kerusi Parlimen bergantung pada FELDA. Isu bayaran buah sawit lambat. Kedua, sebab banyak sangat penyata dan mengelirukan.

"Ketiga, soal hutang...purata RM100,000 sebab waktu tanaman semula dpaat Rm1500 sebulan dan mereka kumpul-kumpul jadi hutang banyak. Kita dah buat 'lab' dan dua bulan dan buat cadangan pada saya dan sabarlah tidak lama lagi adalah pengumuman baik yang akan saya buat untuk leraikan kekusutan mereka. Saya tak lupa peneroka adalah 'vote bank' Umno BN. Jangan lupa jasa mereka," katanya sewaktu ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU2016), petang tadi.

Najib berkata beliau sudah mengarahkan penubuhan sebuah pasukan untuk mengkaji dan menyenaraikan penyelesaian terbaik untuk warga FELDA, yang selama ini dibelit pelbagai karenah birokrasi serta hutang penanaman semula - mencecah ratusan ribu ringgit.

Presiden Umno itu juga mengumumkan satu skim baru yang dinamakan 'MyBeautiful New Home' bagi membantu pemilikan rumah mampu milik dikalangan rakyat kebanyakan.

"Bukan itu sahaja, mana ada kerajaan buat macam ini untuk tolong belia."

Dalam pada itu kata Najib, peningkatan kadar bayaran BR1M juga merupakan satu komitmen yang membuktikan kerajaan menepati janji bagi meringankan kos sara hidup yang ditanggung rakyat berpendapatan rendah.

"BR1M ini kita buat bukan soal dedak.. Ia cadangan dari Bank Negara, bukan saya. Tapi atas apa keputusan, atas nama PM seolah saya nak beli undi. Bukan beli undi tapi nk tolong rakyat.

"Kita naikkan BR1M janji sudah ditepati. Tahun depan kita bayar tiga kali. Satu daripada tiga kali bayaran itu kita serah kepada pimpinan berperingkat dengan tangan sendiri.. ini nanti kita beritahu," katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment