WALAU RAKYAT UNDI, TAPI ALLAH JUA YANG IZINKAN NAJIB JADI PM

APAKAH Tun Dr Mahathir mahu di iktiraf sebagai pelampau politik? apabila Nabi dipergunakan sebagai bahan lawak politik.

Hakikatnya, Dr Mahathir pernah di pilih Allah menjawat-jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun dan manusia tidak mampu menyentuh debu sebesar zarah tanpa izin dari-Nya apa lagi untuk mengangkat seseorang sebagai ketua kerajaan.
Begitu juga Datuk Seri Najib yang diangkat atau dipilih untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua kerajaan selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi.Apakah Tun Dr Mahathir ingat beliaulah menentukan tempat Najib sekarang?.

Manusia adalah makhluk dijadikan Allah ‘azza wa jalla yang paling terhormat di muka bumi ini dan Allah jugalah yang mengangkat martabat mereka serta yang meletakan pada tempat yang tinggi dan terhormat di hadapan makhluk yang lain.

Manusia jugalah yang dinobatkan oleh Allah untuk mengurus urusan dunia ini,dan hal ini telah diberi tahu kepada Malaikat.

Firman Allah:“Dan ingatlah di saat Rabbmu berkata kepada para malaikat, ‘Sesungguhnya Aku akan menjadikan khalifah di muka bumi’.” (al-Baqarah: 30)

Sedangkan tiada makhluk tahu esok hari apa kerjannya,tiada satu detik diketahui dengan pasti dimana kita akan mati.Jadinya siapakah yang memilih atau mengangkat Najib untuk menjawat jawatan Perdana Menteri,sudah tentulah Allah.

Segala sesuatu terjadi dengan ketentuan Allah dan ketentuan Allah pastinya telaksana,tidak akan terlaksana kehendak makhluk tanpa ketentuan Allah.Sebab itulah usaha untuk jatuhkan Najib gagal kerana Allah lebih tahu dari segala makhluk yang perasan hebat.

Pemimpin UMNO tidak pernah menyamakan Najib dengan Nabi,hanya menyatakan keyakinan,bahawa Najib di pilih Allah untuk jawatan Perdana Menteri sesuai dengan Firman:

“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)”” (QS. Al An’am:59).

Manakala ‘seolah-olah’ itu hanya ciptaan Dr Mahathir bagi menggambarkan ketaksuban penyokong dan ahli UMNO terhadap Najib.walhal akidah Islam adalah tetap dan teguh bersandar kepada Allah setiap detik dan waktu.

Memang benar nabi tidak mempunyai RM2.6 bilion,namun Dr Mahathir harus ingat!,anak Nabi juga tidak sekaya anak-anak beliau.Penulis tidak berminat untuk mengulas Nabi memiliki kekayaan atau tidak.-Hot Kelate

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana