Undangan kepada Dr Mahathir ke majlis lafaz sumpah jawatan YDP Agong ke 15 dibatalkan
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja Raja telah membatalkan undangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk menghadiri majlis lafaz sumpah jawatan Yang Dipertuan Agong ke 15 dan Timbalan yang Dipertuan Agong pada 13 Disember ini.
Surat yang ditandatangani oleh Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad selaku Penyimpan Mohor Besar Raja Raja itu bertarikh Isnin 5 Disember dan dihantar ke pejabat Besar Perdana Menteri itu di Putrajaya.
Salinan dua surat itu telah dimuat naik dalam laman web Marina Mahathir petang petang Rabu.
Menurut surat itu pembatalan undangan berkenaan adalah untuk mengelak kesipuan (embarrassment) jika Dr Mahathir dan isteri hadir kerana pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja Raja tidak menyediakan kerusi kepada mereka.
Tempoh jawatan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah selaku Yang Dipertuan Agong akan berakhir 12 Disember ini.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akan angkat sumpah jawatan sebagai yang Dipertuan Agong manakala Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh 5 tahun.

Comments