TUN M MAHU RAKYAT MENJADI TAKUT DAN RISAU

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kerajaan akan memberikan sejumlah 700,000 MyKad kepada warga asing di Johor.

Menurut Nur Jazlan, umum sudah mengetahui proses untuk memberikan MyKad kepada orang luar perlu melalui urusan yang terperinci dan memakan masa yang panjang.

“Kenapa nak buat tuduhan tanpa fakta? Janganlah sebab nak dapatkan kepentingan politik, bekas PM itu sanggup buat tuduhan tak berasas.

“Padahal dia (Tun Mahathir) sendiri tahu bukan senang nak bagi IC pada warga asing, jadi jangan buat fitnah sebab nak suruh rakyat takut dan benci kepada kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai menjelaskan, bekas pemimpin-pemimpin Umno yang berpaling tadah makin galak mereka pelbagai tuduhan supaya rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan.

Menurut beliau, kesemua tuduhan melulu itu dibuat untuk memancing undi dan mahu menyerang Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Pembangkang akan cuba menyerang kerajaan dari segenap ruang, kalau tak boleh serang PM mereka cuba pula serang TPM.

“Sebab itulah mereka reka macam-macam cerita termasuk isu MyKad ini nak suruh rakyat marah pada kerajaan dan KDN,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana