Tindakan media Myanmar biadap, PM hero umat Islam

Tindakan pihak luar yang membuat serangan melalui kartun bagi menghina Perdana Menteri sememangnya tindakan biadap dan tidak boleh dibiarkan.

Menurut Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, ini kerana mereka cuba merencatkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada terus bertindak agresif dalam menyatakan pendirian terhadap isu Rohingya.

“Mereka tak menyangka yang Perdana Menteri bertindak macam tu sebab itu mereka halakan semua serangan pada PM dan Malaysia.

“Ini semua kerana apa? Kerana mereka takut akan peranan Malaysia di kaca mata antarabangsa,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Laman web berita bebas Myanmar The Irrawaddy memaparkan Kartun yang menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersongkok berjalan di atas tali dan membaling bola yang tertera perkataan “Hentikan Pembunuhan Etnik” sambil membawa beg yang dilabel “rasuah”.

Kartun itu di dimuat naik dalam akaun edisi Inggeris Facebook Irrawady, malam semalam dengan tajuk tajuk “Najib Razak Stunt” oleh Kyaw Thu Yein

Kartun tersebut adalah susulan selepas Najib bersama pemimpin UMNO menyertai PAS pada Himpunan Solidariti Ummah Rohingya untuk membantah permbunuhan beramai-ramai kamum minoriti Rohingya di negeri Rakhine di Myanmar.

“Malaysia adalah negara Islam yang sederhana dan berpengaruh, mereka akan lakukan apa sahaja terhadap negara kita, cakaplah apa pun, PM kita adalah hero sebenarnya,” ujarnya.

Dalam solidariti tersebut, lebih 10,000 orang berhimpun di perkarangan Stadium Mini Titiwangsa, Kuala Lumpur bagi membantah penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Ia dihadiri Najib, Hadi, dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid.

Selain itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan juga dilihat hadir.

Para peserta membawa sepanduk, antaranya berbunyi ‘bebaskan Rohingya’ dan ‘Rohingya memerlukan suara anda untuk hapuskan pembersihan etnik’.

Najib menegaskan perhimpunan tersebut bukan untuk menganggu hal ehwal Myanmar.

Ia berikutan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay yang memberi peringatan kepada Malaysia terhadap campur tangan dalam hal ehwal Myanmar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana