TIDAK PERLU IKUT ‘POLITIK MERAPU’ DR. MAHATHIR

UCAPAN dasar Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO di perhimpunan agung parti itu semalam dikatakan ‘luar biasa’ kerana ia bagaikan menzahirkan apa yang terbuku di hati selama ini.

Serangan dan fitnah bertalu-talu daripada pelbagai pihak termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak memungkinkan Najib untuk mendiamkan diri lagi seperti mana dinyata dalam ucapan berkenaan, beliau juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan.

Tetapi segala penjelasan dibuat secara berhemah kera­na seperti mana kata Najib “tidak perlu membuang masa, apatah lagi menghabiskan tenaga untuk melayan atau melawan segelintir pengkhia­nat bangsa dan negara yang tidak bertanggungjawab…”.

Sememangnya pendirian Najib itu tepat. Tiada gunanya menghabiskan masa dan tenaga untuk melawan kelompok yang ternyata akan menolak apa juga fakta dan kebenaran. Mereka hanya mahu membuat fitnah dan tohmahan sahaja kerana melalui cara itu ia boleh menghidupkan politik golongan tersebut.

Oleh itu adalah lebih baik jika pemimpin dan ahli UMNO serta Barisan Nasional (BN) menyahut seruan Najib yang juga Perdana Menteri untuk menumpu perhatian bagi mem­bela nasib 31 juta rakyat Malaysia.

Walaupun kita memahami fitnah dan tohmahan perlu diperangi tetapi ia harus ditangani dengan bijaksana. Tidak perlu mengikut kegilaan Dr. Mahathir yang bersekongkol dengan pembangkang khususnya DAP.

Kalau melihat kenyataan dan tindakan Dr. Mahathir sejak kebelakangan ini, langkah politik beliau ‘semakin merapu’. Bekas Perdana Menteri itu sanggup bertindak bukan-bukan termasuk bak kata orang Kedah ‘tercongok’ tengah-tengah malam di Dataran Merdeka untuk membela nasib Pengerusi Bersih, Maria Chin.

Malah Dr. Mahathir ‘sema­kin merapu’ apabila mendakwa Najib ke China bukan sahaja untuk misi perdagangan tetapi juga bagi membawa masuk 700,000 warga China ke negara ini. Banyak lagi contoh lain yang menunjukkan Dr. Mahathir bagaikan ‘tenggelam punca’ dalam usaha menjatuhkan Najib.

Pembangkang pula sudah ada riak-riak mahu menjauhkan diri daripada Dr. Mahathir kerana merasakan politik bekas Presiden UMNO itu ‘lebih merapu’ daripada mereka.

Bagaimanapun BN khususnya UMNO tidak perlu mengikut rentak ‘politik me­ra­pu’ Dr. Mahathir dan pembangkang. Penjelasan harus diberikan dengan berhemah bukannya melalui fitnah atau tohmahan atau pendekatan memaki hamun ­- biarlah amalan seumpama itu ‘hak eksklusif’ pembangkang.

Justeru apabila tamat perhimpunan agung UMNO, semua pemimpin dan ahli parti itu mengatur program untuk bertemu rakyat, bukannya untuk mengikut rentak ‘politik merapu’ Dr. Mahathir dan pembangkang tetapi bagi membuktikan UMNO pembela Melayu, pejuang rakyat.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana