Tak ada rancangan... nak namakan bakal PM pun tak mampu

Pembangkang tidak mampu mengemukakan sebarang rancangan bernas kepada rakyat jika tidak bersetuju dengan corak pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) malah untuk menamakan bakal perdana menteri pun tidak mampu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap pembangkang di negara ini lemah dan hanya mampu untuk berpropaganda dan membuat kerja-kerja menghasut rakyat dengan segala putar belit serta pembohongan yang tidak boleh dijelaskan.

Kata Perdana Menteri, mereka mengadakan pakatan tetapi mereka tidak percaya antara satu sama lain, juga, mereka tidak suka antara satu sama lain.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung myPPP ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi Ahad.

Beliau menyeru rakyat agar tidak  terpedaya atau mempercayai politik hasutan dan termakan dengan propaganda negetif pembangkang kerana akhirnya mereka akan kecewa.

Beliau yang juga Pengerusi BN memberitahu Ah;o Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengakui peranan pembangkang adalah menghasut rakyat sebagaimana terkandung dalam satu video yang diviralkan.

“(dalam video itu)  Rafizi menyatakan pembangkang punya kerja menghasut. saya tunjuk video Rafizi dalam perhimpuan agung UMNO semalam, Ia terkandung dalam video. Kerja pembangkang menghasut dan menghasut.

“Kalau benda itu tidak betul dan ianya hanya hasutan, macam mana hendak jawab perkara itu. Pembangkang tahu bahawa sekiranya seseorang itu tidak dapat meyakinkan orang ramai, kelirukan mereka, inilah yang mereka lakukan mengenai sesuatu isu, mereka akan cuba mengelirukan anda,” katanya.

Turut hadir, presiden myPPP Tan Sri M. Kayveas, setiausaha agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, naib presiden kanan nmyPPP Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz dan naib presiden parti itu, Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana