SYAITAN MENGHASUT KITA MENGAJAK KITA SUPAYA IKUT JADI SYAITAN.

Syaitan menghasut kita mengajak kita supaya ikut jadi syaitan.

Kalau tidak percaya fahamkan apa yang Allah pesan.

“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,”
(Al-Hijr : ayat 39)

Kalau tak mahu sesal dihari kemudian bukanya susah. Jangan ikut syaitan jadi macam syaitan menghasut memfitnah dijadikan amal ibadah. Syaitan mengajak kita terjun keneraka tapi ramai umat islam terhegeh-hegeh berlumba-lumba nak sangat ikut terjun keneraka bersama mereka disebabkan share dosa fitnah yang berantai. Sepatutnya syaitan itu adalah MUSUH KITA bukan kita sesame kita?

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala”
(Al-Fathir: Ayat 6)

Nak tahu apa yang Allah pesan lagi?
“Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.”
(Al Mujadilah : ayat 19)

Sahabat tak rasa bersalah ke kepada Allah? Jika anda tidak pernah terfikir begitu maka itulah fitnah hasad amarah dendam mencaci mencela jadi amalan anda semua. Jika sahabat bersusah payah menjadikan syaitan pemimpin. Mampukah anda menjadi hamba-Nya yang bertaqwa yang diredhai Allah?

“Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;”
(Al-Furqan:ayat 63)

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana