Surat Terbuka Buat Ayahanda Tun Mahathir – Aznil Hisham

Oleh: Dr Aznil Hisham


Ayahanda Tun M,

1- Beberapa hari ini saya berfikir dengan persoalan ayahanda Tun kepada Datuk Seri Najib. Saya menjadi kurang faham kenapa ayahanda bertanyakan sesuatu yang telah dijelaskan.

2- Ayahanda yang saya kenal seorang yang senantiasa membaca dan tekun dalam mencari maklumat, namun persoalan-persoalan ayahanda tidak menggambarkan ayahanda sepertimana yang saya gambarkan. Kenapa?

3- Ayahanda yang saya kenal seorang yang akan mempersoalkan sesuatu yang mempunyai asas yang kukuh. Tetapi tindakan ayahanda menyoal kes Altantuya yang telah pun selesai di mahkamah amatlah mendukacitakan. Sikap seperti ini adalah serupa dengan penyokong-penyokong PR (Pakatan Rakyat) yang tidak berotak. Kenapa?

4- Ayahanda yang saya kenal sangat lantang mengkritik. Saya juga tahu bahawa ayahanda amat tidak bersetuju dengan 1MDB (1Malaysia Development Bhd). Ketahuilah ayahanda, segala persoalan tentang 1MDB sudah dijawab. Ketahuilah ayahanda, 1MDB masih dalam tempoh kematangan. Berilah masa. Sedangkan Proton yang diterajui ayahanda kini juga masih belum lagi mencapai tahap kematangan sejak tahun 1983.

5- Ayahanda yang saya kenali seorang yang dapat membaca pergerakkan musuh. Ayahanda tahu bagaimana mematikan langkah musuh. Ayahanda juga tahu, musuh kini adalah berbeza dengan dahulu. Musuh yang parti hadapi akan memutar belitkan setiap kenyataan para menteri termasuk kenyataan ayahanda. Sekarang ayahanda meminta Datuk Seri Najib menjelaskankan sendiri kepada umum. Adakah ayahanda tidak sedar langkah itu bakal menyebabkan Datuk Seri Najib terjerat? Kejahatan pembangkang kini 10 kali lebih teruk dari zaman ayahanda. Mereka sudah tak tahu hendak beza antara halal dan haram. Tidakkah ayahanda sedar?

6- Ayahanda yang saya kasihi, menurut ayahanda, Barisan Nasional (BN) akan hilang kuasa pada PRU 14 (pilihanraya umum ke-14). Menurut ayahanda kepimpinan di bawah Datuk Seri Najib sangat lemah berbanding Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi). Sedarkah ayahanda bahawa apa yang Datuk Seri Najib lakukan sekerang adalah pembersihan ‘najis’ yang ayahanda tinggalkan?

Benar ketika PRU13, keputusan lebih teruk dari PRU12, namun tidakkah ayahanda lihat bagaimana orang Melayu lebih bersatu berbanding zaman ayahanda?

Tidakkah ayahanda lihat pada PRK Kajang (pilihanraya kecil) dan Teluk Intan menunjukkan rakyat mula mempercayai kepimpinan Datuk Seri Najib?

Tidakkah ayahanda lihat pertumbuhan ekonomi negara baik walaupun negara dilanda serangan ekonomi dunia dan musibah?

Tidakkah ayahanda tahu bahawa penilaian ketika kesukaran itu lebih signifikasi?

7- Ayahanda berkata sesuatu yang tidak baik tentang GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan). Namun saya terima pendapat ramai bahawa itu hanya ‘sarcasm’ dari ayahanda. Namun, kenapa persoalan-persoalan ini muncul ketika hari pertama GST dilaksanakan? Adakah itu disengajakan?

8- Jika ayahanda kata banyak skandal-skandal Datuk Seri Najib tidak terjawab, saya juga boleh bertanya kenapa ayahanda mengambil tindakan memecat Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pada 1998. Walhal ayahanda telah mengetahui mengenai sejak 1993? Bagaimana pula skandal-skandal ayahanda yang menjadi persepsi rakyat hingga kini? Ianya masih tak terjawab.

9- Ayahanda yang saya kasihi. Ketahuilah, tidak semua persoalan perlu di jawab. Datuk Seri Najib adalah hak kami. Kami mahu dia bekerja untuk kami kerana tugas beliau adalah menjaga negara untuk kami. Bukan menjawab persoalan-persoalan yang telah pun dijawab.

10- Menukar kepimpinan setiap kali kita rasa tak sesuai bukan satu langkah yang bijak kerana ianya merugikan negara. Sudah pasti setiap pertukaran kepimpinan akan melalui dasar yang baru. Ianya membuang masa.

11- Teguran ayahanda sangat diperlukan tapi janganlah sampai memberi peluru kepada musuh kerana itu didikan yang salah. Saya sayang pada negara sebagaimana ayahanda, namun saya tidak bersetuju dengan cara ayahanda mengambil pendekatan memusnahkan negara dan bina kembali. Saya lebih suka memperkuatkan apa yang lemah.

12. Pembangkang kini berada dalam keadaan yang paling lemah, sepatutnya inilah masa kita bersatu. Bukan berpecah belah.


Kesimpulan

Masih ingatkah kata-kata ayahanda ini? Ianya masih segar dalam ingatan saya.

“Kalau hendak tegur pemimpin, tegurlah mengikut saluran, kalau marah dengan seekor nyamuk, janganlah satu kelambu dibakar”

Malangnya ayahanda lupa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana