SOLIDARITI UMNO TIDAK AKAN TERJEJAS DENGAN TAKTIK KOTOR PEMBANGKANG

1. Pembangkang nampak jelas mencemburui solidariti jitu yang dipamirkan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO minggu lepas. Maka tidak hairanlah mereka menyebarkan khabar angin dengan tujuan meretakkan hubungan baik saya dengan YAB Timbalan Perdana Menteri. Mungkin mereka menganggap perwatakan beliau sama seperti bekas ahli parti yang mengutamakan agenda pribadi berbanding kepentingan parti dan negara.

2. Mereka telah cuba sedaya-upaya mereka untuk memecah-belahkan kita. Namun, mereka tidak memahami UMNO dan kesetiaan ahlinya yang tulen, iaitu mereka yang tetap berdiri teguh dengan parti dan kepimpinan yang dipilih secara demokratik tidak kira semasa susah atau senang.

3. ‎Pembangkang kini sangat terdesak dan dalam keadaan kucar-kacir sehingga memaksa mereka untuk bersekutu dengan orang yang memenjarakan pemimpin mereka sendiri.

4. ‎Saya menyeru kepada semua ahli-ahli parti agar berwaspada dengan taktik kotor yang digunakan oleh musuh kita. Mereka iri hati akan solidariti jitu yang wujud dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Dato' Sri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia‎

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana