Sekolah Demokrasi tajaan DAP menerapkan elemen bahaya kepada pemikiran umat Islam, kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim

“Sekolah yang memecahbelahkan fikrah dan pemikiran orang Islam. Sekolah inilah yang akan menerapkan pengaruh sosialis untuk meliberalkan pemikiran orang Islam supaya menolak hukum Al Quran.

“Ramai yang terpengaruh khususnya mereka yang tergolong spesis serpihan PAS yang pi kuliah selalu tetapi memusuhi Ulama yang tidak sehaluan dengan DAP.
“Itulah kejayaan mereka yg tidak pernah dinilai oleh PAN,”katanya dalam Facebook semalam sambil melampirkan poster di atas.

Sekolah Demokrasi adalah projek berkembar dengan Roketkini yang dilancarkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada tahun 2011.
Kedua-dua projek itu mensasarkan kepada kumpulan Melayu khususnya di kalangan pengundi generasi muda.

“Tujuannya ialah mengumpulkan sekumpulan anak muda yang berbahasa Malaysia, kebanyakan mereka orang Melayu, pada setiap sesi untuk belajar dan berkongsi idea tentang demokrasi, sosial demokrasi dan perjuangan DAP.

“Antara pemimpin parti yang telah hadir untuk memberi syarahan dan berkongsi idea dalam SekDem Sdr Anthony Loke, Sdr Tony Pua, Sdr Liew Chin Tong, Sdr Zairil Khir Johari, Sdr Steven Sim, Sdr Wong Shu Qi and Sdr Dyana Sofya (Dyana juga adalah alumni SekDem).

“Kakitangan Roketkini.com Sdr Edry Faizal and Sdr Iza Suraiya adalah penyelaras SekDem bersama dengan ketua jurulatih Ustaz Hakim Ramlee.

“Impian kita adalah untuk menjadikan mereka sebagai Demokrat Malaysia. Matlamat kita ialah membawa mereka – jika tidak semua pun, seberapa ramai yang boleh – untuk bersama dengan Parti, bagi memenuhi harapan berkhidmat kepada rakyat melalui DAP. Ini bermakna kita berharap para demokrat Melayu Malaysia ini tidak lama lagi mampu menjadi pemimpin cawangan, pemimpin negeri, Ahli Majlis, dan mungkin sebagai calon pilihanraya pada masa depan. Ini adalah harapan kita untuk hari esok yang lebih baik

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana