SEKARANG INI ZAMAN FITNAH SEBELUM TIBA ZAMAN KHALIFAH DAN ZAMAN KIAMAT..

Ada ketika pihak pembangkang apabila mahu meletakkan Najib lemah, mereka akan katakan macam-macam. Dalam hal pembatalan undangan bekas PM, Tun Dr Mahathir mereka meletakkan Najib begitu kuat kononnya sehingga dapat mengarahkan pihak Istana Negara membatalkan undangan kepada tokoh itu. Menarik kan, yang menggantikan baginda Sultan Kedah, sebagai YDP Agong ialah Sultan Kelantan yang digambarkan tegas, zuhud dan berjiwa rakyat. Rakyat Kelantan begitu sayangkan baginda Sultan Muhammad V.

Pada masa itu, ramai orang Kelantan mengatakan jika baginda menjadi YDP Agong, mereka mengatakan baginda akan dapat mentarbiahkan Najib sebagai PM kerana ketegasan dan kebijaksanaan baginda. Tiba-tiba dalam hal ini, Najib pula dipersalahkan dan dikatakan hebat sehingga boleh mengarahkan Istana Negara melakukan sedemikian.

Pernah tak terfikir, ada arahan dari Istana sendiri yang tidak mahu Dr Mahathir diundang ke majlis istiadat itu. Takkan tak tahu bagaimana Dr Mahathir berani mengadap Tuanku Abdul Halim membawa bersama deklarasi yang tidak mengikut Perlembagaan untuk menyingkirkan Perdana Menteri, dan ia sudah ditolak.

Najib dalam hal ini masih tidak bersuara mahupun nampak panik biarpun dituduh penyebab undangan kepada Dr Mahathir dibatalkan. Yang nampak kelam-kabut sekarang ialah Dr Mahathir sendiri seperti sudah tahu kenapa dirinya tidak dijemput dan cuba menutup kesalahan sendiri dengan menyalahkan pihak lain. Surat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkenaan takkan ditulis oleh beliau tanpa pengetahuan Majlis Raja-Raja Melayu.

Kalau di pihak sana dan yang menyokong mereka, takkanlah hendak ambil tahu perihal kisah ini kerana mereka hanya menurut apa kata Dr Mahathir, kotak pemikiran mereka hanya bergerak pada dasar pemikiran Dr Mahathir, Apa yang Mahathir kata, itulah… Sebagai penulis yang pro-kerajaan, sudah lali apabila diri ini dipanggil bodoh dan bermacam-macam cacian lagi.

Biarlah caci itu kami berikan dengan senyuman dan kata-kata yang baik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana