SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT RAFIZI BINASA

Rafizi Ramli sangat terkenal dengan perangai berbohong dan memfitnah Perdana Menteri dan pihak kerajaan. Ternyata perangai buruk dan tidak bermoralnya Rafizi Ramli ini telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia yang gemar dan dambarkan cerita sensasi walaupun berita berkenaan palsu dan fitnah semata-mata.

Namun begitu, kes pembohongan Munafik dan Raja segala fitnah ini memakan dirinya sendiri apabila pada 18 April 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah telah menyaman fitnah Rafizi Ramili bersama-sama dengan pemilik Youtube Media Rakyat, Chan Chee Kong kerana membuat tomahan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sengaja mahu menaikkan harga minyak bagi membolehkan beliau dan isterinya Rosmah membiayai pembelian cincin.
Pada 5 Jun 2015, dalam saman fitnah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Rosmah, Rafizi menyatakan bahawa segala fitnah, tomahan dan cerita karutnya tentang cincin RM 24 juta hanyalah gurauan semata-mata.

Sebelum ini, Rafizi membuat fitnah dan menggalakkan para penyimpan di Tabung Haji mengeluarkan tabungan dan simpanan masing-masing kerana Rafizi mendakwa kesemua duit berkenaan akan 'hilang' kerana Tabung Haji melabur dalam projek 1MDB. Sedangkan Rafizi sendiri mendapat keuntungan besar kerana menyimpan di Tabung Haji dan dia tidak mengeluarkan walau sesen pun wang simpanannya.

Manakala pada 28 Februari 2016, Tabung Haji telah membuat laporan polis dan sekaligus menjadikan kes berkenaan sebagai fitnah ke atas Tabung Haji dengan menggunakan dokumen yang dipalsukan dan ia berada di bawah kes jenayah.

Pada 5 April 2016, Rafizi Ramli telah ditahan dan ditangkap di bawah Akta Rahsia Rasmi. Rafizi tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan walaupun sebelum itu Rafizi dilihat bercakap besar kononnya Rafizi tidak takut mendedahkan perbuatan rasuah dan salahguna kuasa serta penyelewengan wang rakyat. Namun dengar khabar Rafizi terpaksa meminta bantuan guaman daripada Sivarasa Rasiah dan peguam-peguam DAP yang lain.

Begitu juga dengan penyelewengan serta rasuah yang melibatkan Lim Guan Eng. Walaupun pelbagai pendedahan, bukti serta dokumen-dokumen yang ditampilkan, namun tidak ada sepatah perkataan yang terbit dan muncul daripada bibir Rafizi Ramli untuk memberikan kenyataan terhadap isu berkenaan. Begitu juga dengan Skandal DEIG yang berjumlah RM 30 billion, Rafizi Ramli tidak berani menyentuh atau mengheboh-hebohkan tetapi berani mengaku dirinya adalah seorang anti rasuah, anti penyelewengan dan anti pembaziran wang rakyat.

Jelas sekali berdasarkan kronologi fitnah yang dilemparkan oleh Rafizi dari dulu lagi sudah memakan diri. Inilah akibatnya menjadi Raja Fitnah dan kaki auta. Berani buat beranilah tanggung akibatnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana