“Saya Anak Cina Boleh Sayang Parti Melayu Ini, Mengapa Orang Melayu Hendak Pecah Belah?”

“Alhamdulillah…saya tidak berasa gemuruh apabila berucap di hadapan tadi tetapi berasa sebak. Saya berasa sebak kerana saya seorang anak Cina, bapa saya orang Cina.

“Kalau saya yang anak Cina ini boleh sayang parti Melayu, mengapa orang Melayu hendak berpecah belah?”, demikian luahan Perwakilan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Ridzuan Ahmad yang menjadi pembahas pada Persidangan Agung Pemuda UMNO di Dewan Merdeka di sini, hari ini.

Malah berucap di hadapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada ketika itu hadir mengikuti perbahasan Pemuda UMNO boleh dianggap mencatat sejarah tersendiri buat dirinya yang ketika itu baru sahaja memulakan ucapannya.

Bagi Ketua Pemuda UMNO Tampin itu, waktu berkenaan adalah masa yang terbaik untuk menyatakan apa yang ingin disampaikan secara terus kepada Perdana Menteri berkenaan.

“Setiap hari saya berdoa untuk dapat berucap di hadapan Presiden UMNO suatu hari nanti kerana saya tahu Presiden telah mengusahakan yang terbaik tetapi perlaksanaan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab tidak membantu.

“Perhimpunan sebentar tadi merupakan platform terbaik untuk orang seperti saya, Ketua Pemuda Bahagian Tampin bagi menyuarakan isi hati masyarakat luar bandar yang perlukan perhatian menyeluruh daripada kerajaan untuk membantu mereka.

“Saya mahu gambarkan kepada Datuk Seri Najib dengan cara penyampaian saya sebagai orang kampung kepada Presiden yang saya anggap sebagai  seorang ketua dan ayah,” ujarnya .

Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan harus sentiasa mengotakan janji mereka dan harus lebih kuat dan berani untuk membuat perubahan yang baik supaya rakyat lebih percaya dengan pihak kerajaan.

“Kita harus kembalikan hati dan budi rakyat, Presiden harus lebih berani dalam menghadapi situasi yang genting dan sekarang bukan masa untuk Presiden menjadi takut.

“Rakyat sering mengadu tentang kenaikan harga barang dan seringkali menyalahkan kerajaan. Oleh itu, pihak kerajaan harus berganding bahu untuk meringankan beban rakyat terutamanya dari segi kos sara hidup,” ujarnya. -MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana