Rakyat Johor Tahu Sudah Perangai MIDIN !!!!! Pemuda Johor bersedia sambut gendang perang parti Muhyiddin

Sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin membelakangkan UMNO dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), suasana politik di Johor turut dilanda rasa tidak ketentuan.

Apa tidaknya, setelah lebih 40 tahun dalam politik, sama ada kita suka atau tidak, Muhyiddin telah meninggalkan impak yang besar.

Suasana politik semasa di Johor walaupun ada yang cuba menidakkan, tetapi nampak macam masih ada lagi yang dalam diam, berada dalam persimpangan dilema.

Ada di kalangan ahli UMNO yang tersepit antara rasa sayang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kesetiaan kepada parti.

Orang luar mungkin menganggapnya sebagai gosip, tetapi anak-anak Johor dapat merasakan ketidaktentuan ini.

Pada sidang media di PWTC, Agendadaily berpeluang melontarkan soalan itu kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim.

"Kita tidak boleh menafikan perkara-perkara seperti yang anda katakan itu memang wujud tetapi saya yakin ia dalam keadaan yang terkawal.

"Muhyiddin adalah pemimpin besar yang pernah menjadi Menteri Besar dan Timbalan Perdana Menteri. Beliau telah menjadi ikon kepimpinan Johor sejak dulu lagi, seperti juga Tun Dr Mahathir.

"Saya membesar pada zaman Tun Mahathir dan memang tak boleh melupakan jasa-jasa beliau. Cuma dalam keadaan sekarang, persoalannya ialah bagaimana bekas pemimpin-pemimpin besar ini pergi ke parti lain dan menentang UMNO sendiri?

"Kita sebagai ahli parti wajib mempertahankan parti. Kita nak mempertahankan prinsip parti untuk agama, negara dan bangsa, amalan yang kita pegang sejak dulu lagi.

"Kita akan mempertahankan parti dari sesiapa termasuk bekas pemimpin yang sudah bersama pembangkang," kata Hahasrin.

Hahasrin berkata dia tidak menafikan ada beberapa kem yang wujud (yang bersimpati terhadap Muhyiddin) tetapi dalam keadaan sekarang apabila signal untuk kita berjuang dalam Pilihanraya Umum (PRU) akan datang telah ditiup oleh presiden, Pemuda UMNO Johor sudah pasti akan memainkan peranan lebih penting.

"Kita sudah bersedia. Kita sudah bentuk jentera untuk membantu parti di peringkat akar umbi, cawangan, bahagian dan Pusat Daerah Mengundi (PDM)," katanya.

Hahasrin berkata dia sedia maklum bahawa untuk Pilihanraya Umum (PRU) akan datang, parti pimpinan Muhyiddin itu sedang mensasarkan "kawasan kelabu" di mana UMNO menang dengan margin yang nipis.

"Kita tahu hal ini. Kita juga tahu strategi dan pendekatan mereka. Kita sudah ada strategi kita sendiri tapi kita tak boleh beritahulah. Yang penting kita akan guna pelbagai pendekatan baharu.

"Saya beri jaminan Pemuda UMNO Johor sudah bersedia memikul tanggungjawab untuk menang dan menarik sokongan orang muda," katanya.

Difahamkan "kawasan kelabu" yang menjadi sasaran pembangkang ialah lima di peringkat parlimen dan 10 DUN.

Diminta mengulas pendekatan yang sedang Pemuda UMNO Johor lakukan bagi menghadapi PRU akan datang, Hahasrin berkata mereka akan berpegang kepada konsep Muafakat Johor.

"Apa yang UMNO Johor lakukan di Johor adalah untuk pastikan apa yang kita tawarkan adalah untuk semua Bangsa di Johor dengan mengambil konsep Muafakat Johor.

"Kita bergerak bukan sebagai satu kaum tetapi mewakili semua bangsa Johor untuk pastikan wawasan Johor Berkemajuan dapat dicapai dengan baik.

"Kita akan setia kepada parti walaupun siapa kita lawan termasuklah tokoh-tokoh yang pernah memimpin kita.

"Kita setia dan berpegang kepada institusi parti. Pemimpin datang dan pergi. Tetapi yang memperjuangkan parti dan bangsa dan rakyat Malaysia secara umum adalah parti yang ditubuhkan dari 1946 hingga sekarang," katanya lagi.

Menurut Hahasrin lagi, Johor yakin dapat mempertahankan malah akan meraih lebih dari dua pertiga kedudukan di peringkat negeri.

Hahasrin turut diminta mengulas keyakinan DAP dapat mempertahankan kerusi yang dimenangi di Johor pada PRU lalu malah menambahnya.

"Saya rasa semua parti akan mengakui mereka konfiden tetapi isunya sekarang, apakah yang DAP telah lakukan untuk bangsa lain selain bangsa Cina?

"Apa yang DAP tawarkan untuk orang Melayu dan India? Tak ada. Walaupun di negeri yang ia perintah seperti Pulau Pinang, mereka tak tawarkan apa-apa. Mereka hanya berpolitik dan bercakap."

Ditanya apakah Pemuda Johor akan minta lebih kerusi pada PRU akan datang, Hahasrin optimis ia akan berlaku.

"Saya dah bincang dengan Menteri Besae dan Johor akan banyak diwakili orang muda," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana