RAFIZI RAMLI ‘HADIR’ KE PAU 2016 BERSAMA JAMAL YUNOS

 AGAK MENGEJUTKAN apabila kita katakan Naib Presiden PKR hadir ke Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC.

Namun itulah yang sebenarnya berlaku pada petang hari kedua perhimpunan parti Umno apabila kelibat Rafizi Ramli dikesan bersama-sama Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Bagaimanapun, kelibat bekas Setiausaha Agung PKR itu hanyalah patung dirinya yang diusung kehulu kehilir oleh Jamal bersama kira-kira 50 orang penyokongnya.

‘Rafizi Ramli’ yang memakai baju penjara berwarna ungu itu turut tertera tulisan berbunyi : “Saya Rafizi Ramli @ Kaki Fitnah memohon ampun & maaf kepada Ketua Wanita Umno Malaysia Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kerana telah memfitnah beliau dan kini saya menerima hukuman setimpal 18 bulan penjara”.

Disebabkan tindakan Jamal berkenaan, ia telah menarik minat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Seri Hassan Malek yang agak terhibur dengan perkara itu.

Rombongan yang membawa ‘Rafizi Ramli’ berkenaan diarak ke sekitar PWTC dan turut menarik minat para perwakilan dan pemerhati yang hadir ke Perhimpunan Agung Umno 2016.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana