PPBM tak perlu tunggu PAS, kata Zuhdi ...Madey Jangan Mimpilah

SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak perlu menunggu PAS dalam meneruskan hasratnya untuk menjatuhkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki ketika dihubungi Antarapos hari ini berkata, perkara itu berikutan pendirian partinya yang masih kekal untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana pihak yang bersama dengan DAP dan Amanah.

"Dia (Mahathir) tak perlu tunggu PAS sebenarnya sebab kita sudah memang putus hubungan langsung dengan DAP dan Amanah.

"Jadi untuk duduk sekali memang kita takkan boleh jadi pun. Sebab kita dah putuskan benda tu," katanya.

Pada masa sama, Zuhdi turut menempelak tuduhan yang dibuat oleh bekas Presiden Umno itu bahawa partinya mempunyai agenda tersembunyi untuk memberi kemenangan kepada Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Cuma tuduhan dia kita ada hubungan dengan Umno tu, terpulang pada dialah. Sebab kita sudah nyatakan lama sebelum ini bahawa PAS tidak bersama dengan Umno dan Pakatan Harapan.

"Kita akan duduk dalam blok lain. Kita ada blok yang ketiga. Kita bukan pembangkang yang tegar, dan kita bukan juga kerajaan yang tegar, kerajaan yang tak dengar cakap orang," tegas beliau.

Semalam, Tun Mahathir mengugut akan meninggalkan PAS sekiranya parti dari blok ketiga itu tidak memberikan komitmen untuk menentang BN pada PRU yang dijangka diadakan pada tahun depan.

Katanya, PPBM dan parti pembangkang yang lain tidak boleh menunggu lebih lama lagi dan bersedia untuk pertandingan tiga atau empat penjuru.

Dalam ucapannya pada sidang media di Konvensyen DAP semalam, Tun Mahathir turut melempar tuduhan kepada PAS bahawa mempunyai hubungan politik dengan Umno-BN.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment