Politik celaru akibat sikap pemimpin....Dasar Giler Kuasa Dan Kroni Ada Dalam Diri Jadi Lah Macam Madey

KUALA TERENGGANU – Suasana politik kebelakangan ini disifatkan bercelaru dengan sikap beberapa pemimpin bertukar parti daripada yang asal kepada baharu, sehinggakan mewujudkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak), Datuk Razali Idris berkata, senario itu bukan hanya melibatkan pemimpin yang asalnya pembangkang berpindah kepada parti kerajaan, malah turut melibatkan pemimpin parti kerajaan yang bertukar kepada pembangkang.

Menurutnya, keadaan itu mewujudkan satu pemikiran bahawa pemimpin-pemimpin politik sudah hilang prinsip perjuangan sejati dan seolah-olah menyimpang daripada asas perjuangan untuk mempertahankan negara.

“Apabila pembangkang masuk kerajaan, mereka sokong kerajaan dan apabila mereka masuk pembangkang, mereka sokong pembangkang. Sedangkan sebelum ini mereka mengecam satu sama lain.

“Jadi, apabila rakyat melihat ini berlaku kepada pemimpin mereka, sudah tentu mereka sendiri berasa keliru,” katanya, di sini.

Sebagaimana berlaku terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dahulunya menerajui kepimpinan Umno tetapi sekarang bertindak sebagai pembangkang, Razali menjelaskan Mahathir perlu menyokong musuh politiknya untuk tumbangkan BN.

Sikap Mahathir itu katanya, bukanlah sesuatu yang pelik dan sudah mula cenderung menunjukkan sokongan terhadap bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila memakai lencana ‘Bebaskan Anwar’ dalam Konvensyen Pakatan Harapan kali pertama yang dibuat 13 November lalu.

Walaupun Mahathir disifatkan segelintir ahli dan penyokong pembangkang sebagai pihak bertanggungjawab meletakkan Anwar dalam penjara ketika era pentadbirannya, namun keadaan itu berubah selari dengan perubahan sikap Mahathir.

“Kalau dia tidak menyokong pembangkang, dia tidak dapat hendak capai matlamat jatuhkan BN. Bukan Tun Mahatahir sahaja, semua pembangkang bertindak sedemikian, mereka bukan hanya mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kalau mereka tidak sokong sesama sendiri, pembangkang akan berpecah. Jadi Tun M perlu sokong Anwar, begitu juga Anwar perlu sokong Tun M,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana