Peringatan Najib supaya pengundi tolak DAP 'tepat pada masanya' - Tunku Aziz

PETALING JAYA: 'Tepat pada masanya', demikian pandangan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim apabila mengulas peringatan Datuk Seri Najib Razak kepada kaum Melayu dan Islam berhubung implikasi yang bakal diterima jika DAP berkuasa di negara ini.

"Peringatan oleh PM itu tepat pada masanya. Orang Melayu leka, sedangkan mereka perlu sedar apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka.

"Doktrin politik DAP adalah dengan cara 'menggunakan' beberapa saluran seperti SUARAM dan BERSIH, yang mana bertentangan dan berbeza dengan kuasa dan hak orang Melayu dan Islam.

"Malah lebih dari itu, mereka (DAP) berjaya kerana orang Melayu yang 'membenarkan' hal ini terjadi," katanya ketika ditemui Antarapos, baru-baru ini.

Tunku Aziz juga berkata, peringatan Najib ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU2016) baru-baru ini juga bagi memberi kesedaran siapakah musuh sebenar bagi kaum Melayu, meskipun DAP yang dipimpin Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng itu melaungkan partinya sebagai parti yang berbilang kaum.

Sebaliknya kata beliau, DAP secara jelas dan nyata membawa perjuangan Cina Chauvanis yang berbahaya terhadap kepentingan dan hak kaum Melayu dan Islam di negara ini.

"DAP dan orang Cina mendakwa Umno tidak melakukan banyak kebaikan kepada orang Melayu, malah mempersoalkan apakah yang telah dilakukan sejak Umno memerintah lebih 60 tahun dahulu.

"Saya melihat pembangunan negara ini, politik dan ekonominya, dari tiada apa sehingga apa yang ada pada hari ini. Ia bukan mudah seperti semuanya jatuh dari langit. Orang-orang kita bekerja keras untuk memajukan negara ini, bukan sahaja dari kaum Melayu, termasuk kaum lain juga.

"Tidak ada mana-mana negara di dunia, yang luar daripada China, mempunyai kependudukan masyarakat Cina yang besar. Jika kita ini berfikiran terbuka dan adil, kita boleh nampak bahawa kepentingan kaum ini amat terjaga di Malaysia, meskipun mereka sering kata diabaikan," ujarnya lanjut.

Najib ketika berucap pada PAU2016 berkata, hak dan keistimewaan orang Melayu serta peningkatan syiar Islam yang dipupuk dan dipertahankan Umno selama ini akan terhakis, malah 'pupus' sekiranya pengundi memilih Pakatan Harapan pimpinan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Pilihan raya tersebut, kata Najib, memberi pilihan kepada rakyat sama ada mengekalkan keindukan kerajaan pimpinan Umno atau keindukan kerajaan pimpinan DAP yang mempunyai perjuangan sempit dan mengancam survival Bumiputera.

Presiden Umno itu berkata perlembagaan DAP tidak langsung mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan atau menjunjung institusi Raja-raja Melayu.

Begitu juga perlembagaan DAP 'senyap' mengenai usaha untuk melindungi hak dan keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera.

Beliau menegaskan perlunya kaum Melayu dan Bumiputera berpaut seteguh-teguhnya kepada Umno sebagai satu-satunya parti yang mampu membela nasib anak cucu keturunan dan memperjuangkan masa depan mereka.

"Jangan leka, itu yang disampaikan oleh PM. Najib, sebagai pemimpin sebuah parti Melayu terbesar bertanggungjawab untuk mengingatkan kita. Melihat kepada apa yang dilalui Umno yang telah memimpin negara ini lebih dari 60 tahun.

"Jika kita mahu menjadi adil, kita perlu beri kredit kepada Umno. Mereka sudah lakukan yang terbauk dalam mentadbir negara yang kompleks dari segi agama, bangsa dan kaumnya," ulas Tunku Aziz lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana