Pembangkang 'panas punggung' lihat Najib, Hadi sepentas - MT Umno


SHAH ALAM: Kerjasama Umno dan PAS dalam isu penindasan etnik Rohingya jelas mengundang rasa tidak puas hati pembangkang sehingga melemparkan pelbagai tuduhan atas kesepakatan berkenaan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pembangkang ternyata 'panas punggung' apabila melihat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjabat tangan dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang sebulat suara dalam menentang kekejaman kerajaan junta Myanmar terhadap etnik Rohingya.

Justeru ujarnya, rasa tidak puas hati itu bertambah 'panas' apabila PAS enggan bersama Pakatan Harapan (PH) dalam menentang Umno-Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

"Kenapa pembangkang tidak puas hati. Mereka berasa seperti terpukul kerana kehadiran Perdana Menteri dengan pemimpin PAS, jadi mereka mencari alasan. Tidak ada isu sebenarnya untuk mereka mempertikaikan kehadiran.

"Sebelum-sebelum ini pun masa pemerintahan Tun Mahathir dan Tun Abdullah sama juga. Memang kita menyatakan pendirian dalam isu-isu begini. Saya fikir tidak ada masalah," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Malah tegas Sohaimi, kehadiran Najib dan Hadi hanya berbentuk solidariti terhadap etnik Rohingya dan bukannya berlandaskan politik seperti yang dilihat pihak pembangkang.

"Kita suarakan prihatian kita terhadap rakyat Rohingya kerana ia akan memberikan masalah baru kepada Malaysia kerana di negara ini sudah ada ramai rakyat Rohingya yang menggunakan tiket UNHCR dan hampir lebih 40,000.

"Jadi ada asasnya untuk Perdana Menteri (Datuk Seri Najib) hadir pada perhimpunan itu kerana dijemput oleh NGO (badan bukan kerajaan) menunjukkan keberanian dan sokongan beliau," ujar beliau lagi.

Najib bersama-sama Hadi pada Ahad lalu hadir dalam himpunan anjuran bersama Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) dan pelbagai NGO Islam itu atas dasar menyatakan bantahan terhadap penindasan kerajaan Myanmar ke atas etnik Rohingya.

Ini kali kedua Najib berkongsi pentas dengan Hadi pada tahun ini, selepas perhimpunan alumni Universiti Al-Azhar beberapa bulan lalu.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Ini sebagai tanda keprihatinan kita, dan ini bukan kali pertama. Sebelum ini kita (kerajaan) pernah buat perkara sama dengan Bosnia, Palestin, Iraq dan juga Mesir. Kita (kerajaan) merasakan prihatin. Kenapa hendak dipertikaikan (penglibatan Perdana Menteri), ini melibatkan soal ummah dan masalah etnik Rohingya ini perlu ditangani," katanya.

Pembangkang terutamanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan jelas mempersoalkan tindakan Najib yang sanggup sertai himpunan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, namun enggan membahaskannya di Parlimen.

Malah mereka turut menekan agar Najib memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Myanmar ekoran kekejaman tersebut.

Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad turut mempersoalkan kehadiran Najib, katanya Najib perlu mengambil pendekatan 'kerajaan kepada kerajaan' dan bukannya 'rakyat kepada kerajaan'.

"Kalau mereka juga memperjuangkan hak asasi masyakat, jangan cerita mengenai BERSIH dan hak asasi dalam negara, luar negara pun patut prihatin juga atas dasar kemanusiaan yang dianiaya dan ditindas," bidas Sohaimi terhadap kecaman pembangkang terhadap Najib.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana