PAU2016: MENGAPA BIRU DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO?

Berpeluang untuk hadir ke PWTC hari ini, penulis mendapati wujud persoalan mengapa tema untuk tahun ini, terutamanya pada hari perasmian (hari ini) mengenakan baju biru, sekaligus mendatang janggal kepada mereka. Merah dan putih, itulah tema yang sangat sinonim dengan perhimpunan agung UMNO saban tahun, maka tidak hairanlah jika transformasi BIRU telah mendatang persoalan.
Orang Melayu, santunnya melewati sempadan, apatah lagi dalam soal memuliakan tetamu. Jika dilihat pagi tadi, tetamu-tetamu yang hadir merupakan dari kalangan pimpinan parti komponen Barisan Nasional. Mungkin sahaja tema BIRU itu tidak sekadar mengejutkan perwakilan, malah juga tetamu-tetamu yang hadir. Namun kejutan itulah yang menciptakan rasa kebersamaan, sekaligus membuatkan rasa selesa tetamu bertamu di majlis.
Jika diamati, rasa kasih Presiden UMNO kepada Barisan Nasional tidak berbelah bahagi, sungguhpun menerima desakan yang kuat di kalangan orang Melayu sendiri dalam beberapa isu seperti sekolah vernakular, dan pembahagian peruntukan. Beserta hakikat sokongan yang diterima oleh parti komponen terutamanya MIC dan MCA yang merudum pada PRU13, Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional tidak pernah mengenepikan semangat permuafakatan yang selama ini menjadi tunjang kepada kejayaan Barisan Nasional.
Sikap membalas dendam atau pilih kasih kepada hanya satu-satu kaum di dalam pentadbirannya tidak wujud, dengan meletakkan dirinya sebagai perdana menteri kepada rakyat Malaysia, bukan sekadar seorang presiden UMNO semata.
Hari ini, di perhimpunan agung UMNO 2016, UMNO sekali lagi menyambut dengan mesra rakan-rakan komponen, sebagai isyarat bahawa kehadiran mereka sangat dialu-alukan. Adat berkawan, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana