PAU2016: BEKAS AHLI UMNO SERTAI PARTI BUNGA, DIKECAM LUPA BUDI

Seorang wakil Pemuda UMNO, Datuk Zali Mat Yasin dari Tangga Batu membidas tindakan seorang bekas exco pergerakan itu yang telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan kini mengecam UMNO.

Menurut Zali, bekas ahli UMNO itu hanya digantung keahlian dan boleh membuat rayuan namun beliau menjadi lupa diri dan menggigit balik UMNO.

“(Beliau) Hanya digantung keahlian, bukan pecat pun dan boleh buat rayuan tapi sekarang dengan parti bunga raya.

“Hari ini (beliau) menjadi pemimpin sebelah yang mengkritik parti kita,” katanya ketika membahaskan sokongan menyokong usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 di PWTC hari ini.

Walaupun tidak menyebut nama individu terbabit, namun ia pastinya merujuk kepada bekas exco Pemuda Umno Mohd Rafiq Naizamohideen yang digantung sebagai ahli UMNO selama enam tahun atau dua penggal manakala jawatannya sebagai exco Pemuda Umno juga digugurkan.

Ia susulan tindakannya yang cuba mensabotaj Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana