PAS Tolak Kerjasama Parti Mahathir-PAN

PAS membayangkan menolak hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika serpihan Umno itu menyertai gabungan pembangkang Pakatan Harapan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata mereka telah menjelaskan bahawa PPBM boleh bersama dengan syarat tiada hubungan langsung dengan parti Amanah Negara (PAN) dan DAP.

“Kalau PPBM memilih untuk bersama Pakatan Harapan itu hak mereka, kita tidak boleh pertikaikan tetapi sebagaimana saya sebut tadi bermakna persefahaman politik antara PAS dan PPBM sudah tidak wujud itu setakat inilah…

“Tetapi saya tak boleh ramal apa yang akan berlaku pada 13 Disember ini,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Takiyuddin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program antirasuah antarabangsa di Kuala Lumpur hari ini.

Pemimpin tertinggi HARAPAN dan PPBM akan bermesyuarat minggu depan bagi membincangkan kerjasama rasmi menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Sementara itu, Takiyuddin berkata PAS akan memperincikan perkara itu dan mempertimbangkan kemungkinan tertentu, termasuk pembentukan beberapa gabungan pembangkang.

“Mungkin ada bentuk-bentuk tertentu yang mungkin kita boleh pertimbangkan sebagai contoh masa dulu PAS ada hubungan dengan Semangat 46, yang mana kita tiada hubungan dengan DAP.

“Semangat 46 ada hubungan dalam Gagasan Rakyat yang turut bekerjasama dengan DAP itu mungkin boleh berlaku tapi buat masa ini tiada hubungan politik,” katanya.

Sinar juga melaporkan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, impian PPBM untuk menjadi komponen HARAPAN boleh menjadi kenyataan dalam konvensyen minggu depan.

Memetik Sin Chew Jit Poh, harian itu melaporkan, Muhyiddin berharap HARAPAN tidak meminggirkan PAS supaya pembangkang benar-benar bersatu padu dalam pilihan raya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana