PAS tak kisah PAN nak letak calon di semua kerusinya

Sebagai parti yang cukup lama dalam politik, PAS tidak kisah jika sekira serpihannya PAN benar-benar mahu meletakkan calon pada setiap kerusi yang ditandingi PAS pada PRU14.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata, matlamat PAN bukan semata-mata mahu menewaskan UMNO tetapi pada masa sama ingin menjatuhkan PAS.

“Terpulang kepada PAN untuk meletakkan calon untuk bertanding di setiap kerusi yang ditandingi calon-calon PAS.

“Kita mengamalkan sistem demokrasi, tiada siapa boleh menghalang nafsu besar mereka,” katanya.

Sebelum ini Pengarah Strategi Pilihanraya PAN, Dr Hatta Ramli ketika Konvensyen Nasional PAN berkata, parti itu akan meletakkan calon di setiap kerusi yang dipertandingkan PAS namun tidak akan menyentuh mana-mana kerusi yang meletakkan calon PKR dan DAP.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, PAN kononnya memperjuangkan satu lawan satu, namun apa yang mereka lakukan adalah berlawanan daripada apa yang disuarakan sebelum ini.

“Apa yang nyata, mereka (PAN) bukan mahu mengalahkan UMNO dan BN, tetapi mahu mengalahkan PAS,” katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata PAN perlu ukur baju di badan sendiri dan jangan bermimpi untuk menawan Kelantan dan Terengganu yang merupakan kubu kuat PAS pada PRU14.

Menurutnya UMNO sendiri sukar untuk menang di Kelantan, apatah lagi PAN yang baru setahun jagung ditubuhkan.

“Jika dalam pilihanraya lalu di Terengganu UMNO menang tipis dengan hanya dua kerusi, Insya-ALLAH kita akan rampas kembali pada pilihan raya umum akan datang.

“Sasaran kita untuk menang di Terengganu dan mengekalkan kemenangan di Kelantan,” katanya.

Beliau  mengulas kenyataan Presiden PAN, Mohamad Sabu bahawa parti tersebut mempunyai peluang untuk menang di Kelantan dan Terengganu.

Mengulas lanjut, Mahfodz memberitahu, PAN dan Pakatan Harapan hanya parti baharu dan bergantung harap pada DAP sebagai jentera pilihanraya mereka.

"Sedangkan PAS memiliki jentera pilihanraya yang kuat di kedua-dua negeri tersebut sejak sekian lama.

"PAS telah bekerjasama untuk berkempen dan memberi yang terbaik kepada rakyat Kelantan dan Terengganu.

“DAP sukar mendapatkan undi Melayu sedangkan di Kelantan dan Terengganu mempunyai pengundi yang solid Melayu.

"Pakatan Harapan tiada harapan untuk menang di Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana