PAS sudah penat ‘hirup kuah, sedangkan isi diratah’ PH...Apa Apa Pun Kita Harap Geng PH Kita Kuburkan

PAS nampaknya sudah benar-benar ‘bekerat rotan’ dengan Pakatan Harapan (PH) dengan membuat keputusan jelas bahawa parti itu hanya mahu berkeseorangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU14) akan datang.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali, PAS sudah penat hanya ‘menghirup kuah, sementara isinya diratah’ oleh parti pembangkang lain dalam pilihanraya umum terdahulu ketika bersama-sama Pakatan Rakyat (PR).

“Cukuplah PAS sebelum ini hanya menghirup kuah.

“PAS perlu terus dengan pendirian tersendiri. Biarkan PH yang menggabungkan DAP, PKR, PAN dan PBBM bercakaran sesama mereka merebut kerusi untuk bertanding.

“PAS perlu yakin dengan diri sendiri membawa agenda dan manifesto tersendiri dalam pilihanraya. Lagipun PAS bertanding dengan fokus utama kemenangan ialah di kerusi-kerusi Melayu bersaing dengan UMNO,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan pada Jumaat.

PAS menurut Khairuddin, lebih bersedia untuk pertandingan tiga penjuru berbanding pertemuan satu lawan satu kerana ianya akan menguntungkan pembangkang lain.

“Sebagai parti ke dua terbesar dari sudut keahlian muslim dan Melayu, PAS perlu memposisikan dirinya dalam politik tanah air.

“Rundingan dengan parti pembangkang lain dengan kelahiran parti PAN dan PBBM akan mengurangkan kerusi PAS dan akan berisiko meletakkan PAS menjadi mangsa mainan pembangkang dengan jentera PAS dipergunakan sepenuhnya sedang kerusi dimiliki oleh parti lain sebagaimana berlaku sekarang,” katanya.

Dalam PRU ke 13 sebanyak 29 kerusi parlimen majoriti Cina dimenangi sepenuhnya oleh pembangkang.

Manakala 36 kerusi campuran, 23 kerusi telah dimenangi  pembangkang dan hanya tinggal 13 kerusi untuk BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana