PAS AKUI MAHATHIR SEORANG YANG KERAS KEPALA DAN SUKA MENGAWAL ORANG LAIN


Mahathir hanya akan berhenti daripada 'bercakap' apabila semua pihak mendengar dan mengikut segala telunjuk dan arahan beliau. Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa bahawa ini adalah sikap Mahathir sejak dari dulu lagi dan Mahathir sanggup melakukan apa sahaja tindakan termasuk menyerang PAS yang tidak mengikut kehendak beliau.

Naib Presiden PAS memberikan nasihat kepada bekas Perdana Menteri berkenaan supaya berdiam diri dan berhenti daripada berdebat serta berehat daripada melibatkan diri dalam arena politik kerana dengan tindakan sedemikian akan membuatkan rakyat lebih menghormati beliau sebagai seorang negarawan.

Semua orang tahu dan sedia maklum bahawa Mahathir hanya akan berhenti daripada bercakap sekiranya semua orang ikut cakap, ikut kehendak dan kemahuan beliau. Kalau mengingkarinya, Mahathir sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai agenda politik dan kepentingan politik beliau.

Kebanyakan perkara dan tindakan yang dilakukan oleh Mahathir sekarang ini adalah perkara yang pernah dilarangnya semasa menjadi Perdana Menteri. Sebagai contoh dulu, Mahathir melarang rakyat menyertai perhimpunan, namun sekarang ini cubalah kita tengok dan lihat sendiri Mahathir yang menyertai perhimpunan haram. Mahathir sebenarnya sudah lupa selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO, amat pantang bagi Mahathir membiarkan aktiviti demonstrasi jalanan yang dilihat memberikan kesan yang negatif serta memburukkan imej, ekonomi serta mengancam keamanan dan ketenteraman negara kita Malaysia.

PAS turut memberi amaran kepada Mahathir supaya berhenti menyerang PAS. PAS sedar Mahathir membenci PAS sejak dari dulu lagi sehingga sekarang. Yang pasti PAS berkali-kali mengatakan parti itu tidak akan mengulangi kesilapan bekerjasama dengan mana-mana parti Pakatan Harapan mahupun DAP dan Amanah. Selain itu, Mahathir sepatutnya mengingatkan dirinya sendiri bahawa beliau bukan lagi Perdana Menteri, jadi beliau kena tahu had dan batasan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana