Panassss Bebbb!!!! PAS Kuantan umum putus hubungan dengan PKR

Ahli Parlimen PKR Kuantan berdepan kesukaran untuk mempertahankan kerusi tersebut selepas PAS Kuantan memboikot beliau kerana keceluparannya di facebook menghentam PAS.

Jentera pilihanraya PAS DUN Tanjung Lumpur memutuskan hubungan dengan PKR Kuantan menjelang pilihanraya umum ke-14 nanti.

Perkara itu dimumkan dalam satu kenyataan rasmi oleh Sulong Jaafar, Setiausaha JPRD PAS DUN Tanjung Lumpur yang diedarkan semalam.

Cawangan PAS yang terlibat ialah Perkampungan Sg Isap 2, Perkampungan  Sg Isap, Perkampoungan Sg Isap Fasa 2, Tanah Putih Baru, Kampung Peramu dan PAS Cawangan Berjaya Permai.

Menurut kenyataan tersebut, tindakan terpaksa diambil kerana kebiadapan Fuziah Salleh terutamanya kenyataan panas yang beliau tujukan kepada PAS.

"Segala bentuk rundingan dengan PKR Kuantan ditutup, sehingga beliau meminta maaf secara terbuka kepada pihak PAS... Kami bertanggungjawab untuk menjaga  parti kami daripada kebiadapan sesiapa jua. Keputusan telah dibuat sebulat suara dalan mesyuarat MTD Tanjung Lumpur", kata kenyataan tersebut.

DUN Tanjung Lumpur berjaya dimenangi oleh PAS menerusi Rosli Abdul Jabar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Dengan perkembangan terbaru ini, ia pasti menyulitkan lagi keadaan Fuziah untuk mempertahankan kerusi tersebut sebenarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak jemputan untuk menghadiri Ceramah Mega Rakyat anjuran PAS Selangor.

“Adalah dimaklumkan kepada saudara dan saudari tentang program ceramah anjuran DUN Paya Jaras pada 12 Disember 2016 di Tapak Pasar Malam Paya Jaras seperti poster tertera.

“Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail TIDAK AKAN HADIR ke program ceramah seperti yang tersebar di media sosial.

“Pengesahan ini dibuat Setiausaha Agung parti (PKR), (Datuk) Saifuddin Nasution sebentar tadi,” kata aktivis PAN, Al Hussain dalam Facebook hari ini.

Walau bagaimanapun tempat Wan Azizah itu, akan diganti dengan orang yang tiada jawatan penting dalam PKR iaitu Sivarasa Rasiah, Ahli parlimen PKR Subang.

“Ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah akan mewakili parti kerana DUN Paya Jaras terletak di dalam parlimen itu,”katanya.

Sejak semalam, tersebar poster Ceramah Mega Rakyat anjuran PAS Selangor yang bakal dihadiri oleh enam orang tokoh politik.

Mereka adalah; Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS), Datuk Iskandar Samad (Pesuruhjaya PAS Selangor), Mohd Khairuddin Othman (Setiausaha PAS Selangor), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (Presiden IKATAN), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden PPBM) dan Wan Azizah (Presiden PKR).

Poster yang disebar PAS Selangor itu bagaimanapun tidak menjemput wakil DAP dan PAN dalam ceramah berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana