PANASSS NI!!!! SIAPA ENAM NAMA BAKAL MENGGANTIKAN KJ?

PENGUMUMAN Ketua Pemuda Umno, Brigader Jeneral Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak akan mempertahankan kerusi nombor satu sayap berkenaan dalam Perhimpunan Agung Umno 2016 amat menarik minat para perwakilan.

Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ meluahkan hasrat berkenaan yang telah dinaunginya sejak 2008.

Walaupun begitu, KJ membayangkan pengganti yang sesuai bagi jawatan berkenaan adalah milik Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Haron atau AzwanBro.

Tindakan KJ memberi gambaran berkenaan tidak bermakna ia tertutup kepada persepsi menamakan calon lain untuk jawatan panas berkenaan.

Menurut desas desus yang mula kedengaran di sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), selain AzwanBro, terdapat lima lagi nama lain yang dikhabarkan bakal bertanding merebut kerusi itu.

Antara lain yang disebut-sebut adalah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar.

Selain daripada mereka, turut disenaraikan bakal tampil bertanding ialah dua lagi Exco Pemuda Umno iaitu Datuk Armand Azha Abu Hanifa dan Muammar Gadaffi dari Perak.

Tidak cukup dengan itu, empat nama yang turut dikatakan bakal bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda Umno adalah empat dari barisan Exco iaitu Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya dan Shahril Hamdan atau lebih dikenali sebagai “Pet”.

Anak Tan Sri Isa Samad, Najib Isa turut dicanang bakal bertanding jawatan nombor dua sayap berkenaan bersama-sama dengan Muammar Gadaffi.

Walau bagaimanapun, portal Tv14 masih mencari pencerahan mengenai desas desus berkenaan. –Tv14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana