PAN takut bertembung PAS, beri tempoh buat keputusan

PAS wajar diberi tempoh untuk menentukan pendirian mereka dalam percaturan semasa politik negara.

Tegas Naib Presiden PAN (Parti Amanah Negara) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, kata dua itu diberikan mengikut pada suanana politik yang kian panas lebih-lebih lagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Tarikh akhir perlu ditetapkan kepada PAS untuk membuat keputusan sama ada mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) atau tidak kerana pada hujung 2016 kita mesti tahu dengan jelas, siapa yang bersama kita atau menentang kita,” kata Mujahid.

Malah, katanya, jika PAS tetap dengan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan PH, parti terbabit bolehlah disifatkan sebagai sekutu Barisan Nasional.

“Jika mereka tidak bekerjasama dengan kita, kita harus menganggap mereka bekerjasama dengan BN.

“Kekal tidak mengambil sikap menyebelahi sesiapa tidak memberi keuntungan kepada PAN, sebaliknya memberi faedah kepada BN,” tambahnya.

Mujahid adalah antara 18 “pemimpin progresif” yang meninggalkan PAS selepas mereka diketepikan perwakilan dalam muktamar parti itu tahun lalu.

PAS bekerjasama dengan parti pembangkang utama PKR dan DAP, membentuk Pakatan Rakyat bagi menghadapi BN pada PRU ke-12, membolehkan pembangkang memenangi banyak kerusi pilihan raya.

Bagaimanapun selepas PRU ke-13 gabungan itu berakhir apabila wujud perseteruan antara PAS dan DAP. Ia kemudian membawa kepada penubuhan PAN yang membentuk PH.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana