PAN sengaja cari alasan tutup realiti kurang sokongan rakyat Selangor

PAS menafikan yang parti Islam itu melarang PAN menganjurkan sebarang aktiviti di negeri Selangor.

Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, dakwaan yang dibuat PAN itu hanyalah sengaja mencari alasan untuk menutup realiti kurang sokongan dari rakyat.

“Bukan semua pengerusi surau, nazir masjid, ahli majlis atau ketua kg dari PAS, ada yg dari PKR, DAP, UMNO malah PAN, Exco PBT pula dari DAP bukan dari PAS.

“PAN pun ada ADUN dan Ahli Parlimen melalui kerusi PAS yg mereka bawa lari.Mustahil PAS dapat halang semua program-program atau pemimpin-pemimpin PAN,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Isnin.

Terdahulu, PAS telah menyekat program dan majlis PAN Selangor untuk bertemu dengan rakyat di Selangor kerana bimbang hilang sokongan.

Kata perwakilan itu, Jamzuri Ardani, PAN Selangor berdepan pelbagai halangan dan birokrasi daripada kerajaan negeri khususnya dikawasan yang dikuasai PAS daripada mengadakan kuliah di surau serta menggunakan dewan-dewan yang berada di bawah pihak berkuasa tempatan.

“Ketua kampung PAS, ADUN PAS, ahli majlis PAS, exco-exco PAS, itulah yang membantah dan menghalang kita dari kuliah di masjid. Ada ahli majlis yang halang AMANAH dari menggunakan dewan-dewan.

“Sekiranya PAN tak menang banyak kerusi, kita bimbang menteri besar lepas pilihan raya umum akan duduk dalam blok pembangkang. Unsur duri dalam daging dalam kerajaan negeri perlu dibuang segera,” kata Jamzuri.

Namun tegas Iskandar, mana-mana parti secara asasnya tidak boleh menganjurkan sebarang aktiviti berbentuk politik dan ia termasuklah PAS sendiri terutama di dalam masjid.

“Yang keluarkan permit ceramah atau program adalah pihak Polis bukan PAS, PAN perlu tahu perkara itu,” ujarnya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment